Semalamaku baru je habis baca buku Sunan Musafir... Sebagai salah seorang peminat hardcore RAM... aku memang sudah lama menunggu pelancaran buku ni..maklumla..untukpengetahuan korang, karya RAM ni memang sangat laku.. macam goreng pisangpanas... oleh sebab aku tahu aku mungkin tidak mampu untuk berebut buku ni katmana-mana kedai..maka dengan penuh bijaknya...aku tela membuat tempahan awaldengan RAM dan membelinya secara online..kiranya, aku adalah antara golonganterawal la y dapat baca buku ni. Bagi mana-mana individu yang masih belum tahu,Sunan Musafir merupakan episod selamat tinggal bagi sekuel Bagaikan Puteri.Kali ni RAM betul2 menoktahkan pengembaraan Laksamana Sunan. Bagi sapa2 ybeminat untuk baca buku Sunan Musafir ni..disarankan agar korang bacadulu 5 novel yang terdahulu.. kalau tak..korang memang takkan paham jalancerita die.... kat bawah ni aku ade senaraikan susunan Sekuel Bagaikan Puteri:
EPISOD1: BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuankedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malahsukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dankebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkanHaryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma dihospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad21.
Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara duanyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujungkurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zamanyang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
EPISOD 2: CINTA SANG RATU
Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terusmemerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkanLaksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilahanak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasarapabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawanteringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
"Sebagai manusia, aku sayangkepadamu."
Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur,Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanyaitu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amattipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Danisahaja yang menjadi pengubat resahnya.
"Haryani, walau apapun yang berlaku, sayatetap mencintai dan menyayangi awak."
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencarilelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu denganorang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegangkata-kata mereka sebagai satu janji?
Cinta Sang Ratu... Mengulang kisah perkelahiandi langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta.
EPISOD 3: HIJAB SANG PECIPTA
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hatiSaifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun,kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang takberkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai kepengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwiniHaryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satulagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkauimasa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringisetiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjanamengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi BagaikanPuteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagendaminda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagimenggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epikthriller ini...
EPISOD4: CINTA SUFI
Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugisyang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaanberjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja.Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilahdi Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untukmengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugissedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemuiSaifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikanhamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangantermasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan PuteriKober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab SangPencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itudibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalamiproses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Lunapula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yangberjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaanmenyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawaterkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapaMaryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertandukdua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalampeperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkitmenjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin?Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu?
EPISOD5 : SUTERA BIDADARI
Saifudin –Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan danrawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburuTaghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetapberazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
Raja Roman – Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapaihilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya…Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga kehujung nyawa.
Makhluk Sumpahan – Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utarasebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudinmenerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alamtidak berdinding.
Saifullah – Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yangberlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya keranaSaifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Ramlee Awang Murshid – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkanaksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi keranakarya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalahke noktah terakhir.
EPISOD AKHIR: SUNAN MUSAFIR
Allah menciptakancinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itusebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggucinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaranserta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukansatu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabilamendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewiitu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusiamemutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya denganmenghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapunkejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudinmenewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHIDdalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang danwaktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dankesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAHitu mencukupi segala-galanya.
overall.. novel y paling aku suka adalah Cinta Sang Ratu,...sebab dalam novel ni banyak unsur thriller dan epik... yang kurang best mungkin Cinta Sufi kot..
Antara sebab kenapa aku suka sangat sekuel Bagaikan Puteri ini adalah sebab watak Laksamana Sunan selain ade beberapa watak lain seperti Ratu Sulaman, Bangsa Pholip, Thagut dan lain-lain.... Bagi aku pasangan Lakasamana Sunan dan Ratu Sulaman sangat sesuai dan Haryani tu tak layak pun untuk sunan... kemunculan watak Luna dan Catalina sebenarnya mebuatkan pembaca tahu bahawa cinta sunan sebenarnya hanya untuk Sang Ratu.. dalam episod selamat tinggal... banyak elemen2 cinta antara Sunan dan Ratu diterapkan.. sampai aku rasa cam...eh..pandai pulak sunan ni bercintan cintun...
anyway..syabas kepada Ramlee Awang Mursyid kerana berjaya mencipta fenomena baru dalam dunia penulisan... y penting..setakat ni hanya RAM satu2nya penulis kat Malaysia ni y mampu menghasilkan sekuel novel epik sehebat ni....
p.s: tak sabar menunggu novel seterusnya dari RAM...
Dalam entri kali ni, aku nk share tentang satu buku yang aku baca... tajuknya adalah Muhammad Al-Fatih, Penakluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib.
Buku ini menceritakan tentang rentetan-rentetan peristiwa penaklukan kota Konstantinopel (sekarang lebih dikenani sebagai Istanbul) oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Untuk pengetuan korang, Sultan Muhammad Al-Fatih merupakan putera kepada Sultan Murad yang memerintah Turki Uthmaniah pada 1421-1451. Selepas kemangkatan Sultan Murad, Sultan Muhammad Al-Fatih mengambil tampuk pemerintahan ketika beliau berusia 19 tahun. Beliau merupakan Sultan yang paling muda. Walaupun usianya baru 19 tahun, tetapi beliau merupaka seorang pemimpin yang Bijak serta berpandangan jauh.
Beliau berjaya menawan Kota Konstantinopel ketika berusia 21 tahun. Sebelum ini, banyak pemimpin2 islam cuba menawan kota ini. Ini kerana, Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
Berdasarkan Hadis ini, Rasullullah menyatakan kotan Konstantinopel hanya akan berjaya ditakluki oleh seorang pemimpin yang baik, mempunyai tentera2 yang baik serta mempunyai rakyat2 yang baik. Untuk pengetahuan korang, ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih, belian sangat mementingkan akhlak yang terpuji. Beliau akan memilih tentera yang baik akhlaknya serta dalam kalangan pemuda yang selalu bangun solat tengah malam. Selain itu, Baginda juga sering menyeru rakyatnya untuk berkelakuan baik. Maka tidak hairan la sekiranya Baginda Sultan Muhammad Al-Fatih memenuhu kriteria2 yang telah diceritakan oleh Rasullullah saw.
Setelah aku baca buku ni, apa y dapat disimpulkan adalah, Sultan Muhammad Al-Fatih sangat2 mencontohi Rasulullah saw. Antara petua kejayaan penaklukan kota Konstantinopel adalah, Baginda Sultan Muhammad Al-Fatih sentiasa mencontohi cara nabi Muhammad saw berperang. Selain itu, Sultan Muhammad Al-Fatih juga suka mendengar pedapat2 orang lain sebelum membuat keputusan. Sifat Sultan Muhammad Al-Fatih yang mencontohi Nabi Muhammad saw menyebabkan ramai musuh2 islam memeluk islam. Antaranta termasuklah 70 askar elite yang ditugaskan oleh Maharaja Konstatine untuk merosakkan meriam milik tentera Turki.
Akhirnya, Sultan Muhammad Al-Fatih mangkat ketika berusia 49 tahun akibat diracun. Sebelum baginda mangkat, baginda sempat berpesan kepada puteranya. Antara pesan baginda termasuklah:
1. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan yang lain.
2. Jangan lengah dalam urusan menegakan agama.
3. Jangan dilantik orang2 tidak beragama menjadi pembantu (dalam pentadbiran).
4. Jangan dilantik orang2 yang selalu melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting.
5. Hindari Bida'ah dan Khurafat.
6. Jagalah harta Baitulmal dan jangan bazirkanya.
7. Hormati Ulamak
8. Jangan melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum islam.
9. Jangan boros membelanjakan harta negara dengan berfoya-foya atau bersenang-senang ataupun kamu guna lebih dari yang sepatutnya kerana ianya membawa kepada kehancuran kerajaanmu.
rasanya setakat tu je y aku nk share..kalau nk tahu, boleh la baca sendiri....
p.s:Wasiat Sultan Muhammad Al-Fatih tu sungguh bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh pemimpin dizaman sekarang ni kan....~~
Entri kali ni, aku just nk share tentang satu buku yang aku baru je abis baca hari rabu baru2 ni.. tajuk buku itu adalah Fiksyen 302..penulis buku ni kompem la abang RAM.....
synopsis:
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
Actually, citer ni a little bit similar to Rahsia Perindu.. walaubagaimanapun, of course la citer ni lebih hebat dan menjangkau pemikiran kite semua. Citer ni bergenre Psycho Thriller. Seriously, citer ni memang best.... aku xmao citer lebih2 sebab aku yakin ramai lagi yang belum baca buku ni...kalau aku citer detail, nanti entri ni jadi spoiler plak kan.. anyway... kalau korang berminat untuk lebih memahami orang gile, xsalah pun kalau korang baca buku ni...~~~~
p.s: nasib baik aku g pesta buku awal...kalau lambat, kompem dah abis buku ni...~~~
sejak bukak semesta baru ni... aku tetiba jadi rajin utk ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) utk meminkam beberapa buah buku... dan baru2 ni aku telah berjaya menjejakkan kaki ke PSZ... dan seperti biasa..antara bahagian PSZ y paling aku suka ialah bahagian Novel. waktu tengah belek buku2 y ada kat sana.. aku terjumpalah sebuah buku karya RAM.... dan sudah menjadi tabiat aku.. bila jumpa je buku RAM..aku akan terus ambik n pinjam.. walaupun buku tu aku dah baca..( amacam... fanatik tak aku..??hihihi..) buku y aku ambik tu tajuknya 'Hatiku di Harajuku'...
ok.. bagi sape2 y dah penah baca..maybe korang tahu kot pasal novel ni.. bagi y masih belum baca..meh aku cerita sikit sinosis 'Hatiku di Harajuku'...
Sinopsis:
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; lahir di penjara dan membesar dirumah kebajikan. Dia seorang yakuza yang digeruni. Malah seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat pada permainan itu adalah maut.
Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza~Ryu Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina telah bersetuju menerima perlawaan murni untuk melancong ke Tokyo. di Harajuku, mereka mencari Ryu-Watanabe.
Dan bagaikan kebetulan.. saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau Pedang Cinta menjadi saksi pertumpahan darah yang berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.
Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Mursyid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, saspens, konflik jenayah,serta sebuah kisah keluarga yang menyayat hati. Sayonara-ungkapan yang tidak akan anda gemari.
Ryu-Watanabe adalah antara sebab utama kenapa aku suka 'Hatiku di Harajuku'. watak Ryu-watanabe y digambarkan sebagai seorang Yakuza yang sagat hebat sehingga dia menjadi mitos dalam kalangan Yakuza...kira semua orang gerun la dengan Ryu-Watanabe... selain itu, aku juga suka dengan watak Noriko..mungkin sebab Noriko ni digambarkan sebagai seorang yang ganas.. tapi pada masa yang sama..masih ada rasa simpati. Bagi aku..pasanga Ryu-Watanabe dan Noriko adalah pasangan yang ideal.
Dalam novel ni jugak... aku sebenarnya tak berapa nk suka dengan watak sabrina... sebab sabrina sebenarnya tidak layak untuk Ryu Watanabe... Sabrina ni suka ikut perasaan...suka menuduh orang dengan membabi buta..itu pasal aku tak suka sabrina...
Ok la.. aku da malas nk menaip... bagi sesiapa yang masih belum baca 'Hatiku di Harajuku'..aku mencadangkan agar korang baca cerita ni..memang best...
Terasa cam lama sekali aku xupdate blog..maklumlah..sejak dua menjak tiga menjak ni..aku asik sibuk je...
ok kali ni aku nk share tentang satu buku y aku baru je abis baca... tajuknya ialah 'Bila Tuhan Berbicara' Karya Faisal Tehrani. Buku ni aku pinjam kat library je.. maklum la..nk beli tak mampu..ptptn tak masuk lagi la katakan....
ok..berbalik kepada topik kita.. Buku 'Bila Tuhan Berbicara' ni seebnarnya sebuah drama pentas y dibukukan..sebelum tu..meh kita tengok sinopsis cerita ni..
Sinopsis:
Sahlan saintist yang ingin menjadi wanita. Razlan pula extremis agama. Sedangkan Mazlan seorang doktor perubatan yang masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letusan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu. Novel Drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nila dan falsafah kewujudan manusia.
'Bila Tuhan Berbicara' ini memang best dan sangat sesuai untuk dibaca.. selain tu, buku ni juga mengandungi banyak pengetahuan dan ilmu yang aku rasa ramai orang tak tahu.. yang paling best... 'Bila Tuhan Berbicara' ni bersifat futuristik... bagi sapa2 y sangat suka membaca..aku sarankan untuk baca buku ni.. tak rugi pun...
Aku baru je abis bace buku A.D.A.M, salah satu karya RAM... munkin aku agak ketinggalan sebab A.D.A.M sudah lame berada dipasaran ( sejak tahun 2001 kalau xsilap)... secara keseluruhanya, novel ni mmg bagus.. penuh dengan aksi dan terdapat banyak adegan tembak menembak. Dan, seperti karya RAM y lain, novel A.D.A.M ni tidak memfokus pada unur percintaan atau jiwang... ( bagi y masih belum tahu, RAM tak pernah menulis novel y hanya mempunyai unsur cinta.. ). A.D.A.M. mempunyai jalan cerita y sama jenis dengan novel Mikhail. y membezakan nya,Mikhail lebih banyak unsur suspen dan kejadian yang tidak disangka2.. bagi pendapat aku secara peribadi, novel A.D.A.M ni terlalu 'straight', makne nye, tiada simpang siur seperti Mikhail... cuma y best nya dalam novel ini ialah watak Hilman yang digambarkan sebagai seorang 'sharpshooter' polis... watak Hilman yang cekap dan tangkas tu mmg best, ( walaupun x sehebat watak Laksmana Sunan dalam trilogi Bagaikan Puteri..).. Kesimpulannya, bagi mane2 penggemar novel y masih belum berkesempatan utk bace A.D.A.M, try la cari...
P/S: Hilman digambarkan sebagai seorang lelaki y berusia 49 tahun.. so, pandai2 la adjust supaya ianya sesuai dengan citarasa anda..
Aku baru saje selesai membaca novel karya Faisal Tehrani y berjudul '1511H [KOMBAT]'.. Overall.. buku ni mmg sangat menarik kerana ia mengandungi unsur percintaan yang sangat agung... kisah cinta dalam novel ini bukan lah kisah cinta murahan antara lelaki dan perempuan (y kebiasaannya terkandung dalam novel2 lain..)..sebaliknya ia mengisahkan tentang cinta agung sekelompok mukmin terhadap agama mereka.. kelompok mukmin y diketuai oleh Jeneral Nusyaibah ini berusaha untuk membebaskan diri mereka dari dibelenggu oleh kuasa Amerika dan Yahudi.. diakhir novel ini.. tentera2 pemuda islam berjaya menawan beberapa kota besar termasuklah Washington dan Moscow...bukan itu saja, mereka malah sudah bersedia untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Yahudi...
Faisal Tehrani bijak bermain dengan imaginasi pembaca... dia mampu 'mencipta' beberapa senjata moden y tidak pernah kita fikirkan selama ini... antara senjata moden y 'dicipta' oleh Faisal Tehrani termasuklah Cyborg, Cypher, bio-bots, mikraj, ababil, sacros dan berbagai lagi...
bagi mereka y sudah bosan membaca novel2 cinta y rata2 mempunyai jalan cerita y sama... apa kata kalau korang cuba tukar angin dengan membaca novel2 y sebegini.. ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang korang..sebaliknya ia juga secara tidak langsung dapat menaikkan semangat Jihad y ada dalam diri...
ok..kali ni aku nk share satu buku yang berjudul Ungu Karmila.. garapan Penulis hebat Ramlee Awang Mursyid.... ok.. as u know..kalau RAM yang tulis..kompem cerite tu cerite thriller.... Ungu Karmila merupakan salah satu karya RAM yang tidak mengecewakan aku... jalab cerita sangat best...n yang penting....cerite ni memang banyak sangat teka teki dan tajda soal...
ok..sebelum aku mengulas pasal buku ni...meh kite baca sinopsisnya dulu....
Sinopsis : ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.
Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.
Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.
Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.
Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!
RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!
bagi aku..cerita ni memang best (walaupun xsehebat Rahsia Perindu).... aku suka cerita ni sebab cerita ni memang lain dari yang lain.. memang penuh dengan unsur suspen... dan memang banyak kejutan yang menanti pembaca... antara kekuatan yang ada dalam cerita ni ialah kisah kasih dan cinta antara Haris dan Karmila.. selain kewujudan watak Dino... anyway..syabas kepada RAM kerana telah berjaya menghasilkan novel2 yang berkualiti....
p/s: Kalau Beto Kusyairy pegang watak Dino pon ok gak kan.. kikiki...~~~
Helo-helo… terasa seperti sangat lama xupdate blog.. ntah ape jadik ntah pada blog aku y kosong tuh.
Ok..kali ni aku nk update sikit pasal satu buku yang baru aku bace. Actually, buku ni dah lama keluar, Cuma aku baru ade kesempatan untuk baca . Judul bukunya adalah ‘Rahsia Perindu’ hasil tulisan penulis kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan Novelist thriller no 1 di Malaysia, Saudara Ramlee Awang Mursyid. Nak tahu cam mane ceritanya, baca sinopsis ni dulu:
Sinopsis:
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.
Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.
RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!
Overall, cerita ni memang sangat best. Kenapa..?? kerana cerita ni penuh dengan unsur2 saspen. Mane tak nye, cerita ini mengenai seorang wanita yang mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Schizophrenia. Utk pengetahuan korang semua, schizophrenia ialah sejenis gangguan jiwa yang menyebabkan seseorang itu mengalami delusi dan halusinasi. Delusi bermaksud mempunyai kepercayaan kuat mengenai sesuati perkara. Contohnya, seseorang itu boleh dikatakan sedang menghidapi schizophrenia sekiranya die percaya bahawa dirinya adalah wali tuhan. Halusinasi pula adalah merasai,mendengar, melihat atau menghidu sesuatu yang tidak dialami oleh org lain. Contoh dia Nampak org sedang berjalan atas bumbung, tapi sebenarnya, tak ada ape2 pon.
Ok…berbalik pada cerita Rahsia perindu. Antara sebab mengapa aku rasa cerita ni best ialah, watak leopard yang sangat misteri selain watak Maria yang kadang-kala menimbulkan tanda tanya. Memang sangat mengujakan apabila secara perlahan-laha RAM mendedahkan siapakah Leopard yang sebenar. Apabila watak Leopard didedahkan… korang sume akan rasa sangat terkejut dan tak menyangka bahawa org itu adalah leopard.
Antara kekuatan yang Terdapat pada cerita ini ialah, bagaimana RAM Berjaya memanipulasi pembaca dengan pelbagai khayalan yang ada dalam cerita ini. Dalam cerita ni memang ada banyak unsur khayalan dan fantasi sehinggakan pembaca sukar nk membezakan antara fantasi dan realiti. Setelah bace cerita ni, korang akan berfikir, adakah kehidupan yang korang sedang lalui sekarang ini adalah reality atau hanya sekadar fantasi.
Bagi sesiapa yang belum baca cerita ni, aku rasa tak rugi pun korang baca. So, cepat2 la pegi carik ye…
p/s: Berhati-hati dengan realiti….kerana bimbang ianya hanya sekadar fantasi….