ok..kali ni aku nk share satu buku yang berjudul Ungu Karmila.. garapan Penulis hebat Ramlee Awang Mursyid.... ok.. as u know..kalau RAM yang tulis..kompem cerite tu cerite thriller.... Ungu Karmila merupakan salah satu karya RAM yang tidak mengecewakan aku... jalab cerita sangat best...n yang penting....cerite ni memang banyak sangat teka teki dan tajda soal...
ok..sebelum aku mengulas pasal buku ni...meh kite baca sinopsisnya dulu....
Sinopsis :

ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.
Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.
Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.
Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.
Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!
RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!
bagi aku..cerita ni memang best (walaupun xsehebat Rahsia Perindu).... aku suka cerita ni sebab cerita ni memang lain dari yang lain.. memang penuh dengan unsur suspen... dan memang banyak kejutan yang menanti pembaca... antara kekuatan yang ada dalam cerita ni ialah kisah kasih dan cinta antara Haris dan Karmila.. selain kewujudan watak Dino... anyway..syabas kepada RAM kerana telah berjaya menghasilkan novel2 yang berkualiti....
p/s: Kalau Beto Kusyairy pegang watak Dino pon ok gak kan.. kikiki...~~~
No comments:
Post a Comment