Labels

Showing posts with label Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Psikologi. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Apabila aku mula berfalsafah.....

Helo-Helo....

Setiap hari isnin..jam sepuluh pagi.. sudah menjadi lumrah untuk aku ke kelas Falsafah Sains dan Teknologi atau dalam bahasa omputihnya 'Philosophy of Science and Teknologi'. Subjek ni diajar oleh seorang lecturer y dikenali sebagai Ustaz Nasir Masroom. Actually..sebelum aku masuk kelas ni...aku pon tak tahu apa itu falsafah... what is Philosophy...??? aku cuma selalu dengar org cakap..

"Falsafah hidup saya blablablabla......"

then..setelah mendengar lecture dari ustaz Nasir.... barulah aku tahu.. Falsafah itu sebenarnya persepsi kita terhadap sesuatu atau bagaimana cara kita berfikir mengenai sesuatu... Falsafah setiap org pasti berbeza2 kerana kebanyakan daripada kita mempunyai persepsi yang berbeza. Sebagai contoh.. ada org melihat miskin itu sebagai Hina... tapi ada juga org berpendapat miskin itu satu bentuk ujian dan kesabaran. Ada orang fikir kaya itu mulia... tapi ada juga org y melihat kaya itu satu ujian dari Allah... see... kepelbagaian dalam pendapat dan persepsi ni la yang akan menjadikan falsafah setiap orang itu berbeza....

selain tu.. falsafah juga apabila kita mencari jawapan untuk setiap persoalan. Contoh...kenapa Atromen ada kat Jepun...?? Kenapa Gunung berapi Krakatoa meletup...?? Kenapa kita masuk kelas..??

Gambar Hiasan

Ada sesetengah ahli Falsafah pula mendefinisikan 'Falsafah' sebagai mencari makna sesuatu. Plato pula berpendapat Falsafah adalah pengetahuan tentang sesuatu yang ada. Definisi 'Falsafah' ini mungkin berbeza2 disebabkan oleh setiap ahli falsafah mempunyai ppersepsi yang berbeza mengenai makna 'Falsafah' itu sendiri...

Gambar Hiasan
Menurut pemerhatian aku... antara orang yang paling berfalsafah dalam Malaysia ni ialah Faisal Tehrani..mana tak nya..kalau korang baca novel-novel atau karya-karya Faisal Tehrani...korang akan perasan y karya2 Faisal Tehrani ni penuh dengan Falsafah.


ok..nampak gayanya setakat itu saja untuk kali ni... kita jumpa lagi lain kali ok..

Saturday, August 6, 2011

Apa itu Narcolepsy


Helo-Helo...

Pernah tak korang tertidur time kelas.. or time memandu..?? Pernah tak korang tengok manusia yang tertidur time bercakap... or time dia tengah berdiri..??

ha..mesti pernah kan....


sebenarnya, situasi ini disebut sebagai 'narcolepsy'. Apa itu narcolepsy..?? menurut satu website yang aku bace... narcolepsy bermaksud :

"a chronic disease of the central nervous system. Excessive daytime sleepiness (EDS) is the main symptom and is present in 100% of patients with narcolepsy."
sumber diambil disini




dalam bahasa mudahnya, narcolepsy adalah satu syndrom dimana pesakit akan mengalami tidur siang yang berlebihan.... manusia biasanya akan tidur purata 8jam sehari dan biasanya aktiviti tidur ini dilakukan pada waktu malam.. Namun, bagi penghidap narcolepsy...mereka lebih cenderung untuk tidur diwaktu siang..(malam pon dieorang tidur gak)... mereka ni akan tidur tak mengira tempat..kadang2..time berdiri pon boleh tidur...



antara punca berlakunya narcolepsy adalah berlaku ketidaknormalan pada sistem hypocretin. ada juga yang berpendapat, punca narcolepsy adalah disebabkan oleh lebihan Human Leukocyte Antigen dalam sistem immuniti.




p/s: aku xde penyakit ni ok...

Wednesday, August 3, 2011

Psikologi_ Animal Phobic

Helo-helo…..

Ok..kalini aku nk tulis tentang sesuatu yang sedikit akedemik…. Bukan….bukan…. aku bukan nk citer pasal sejarah atau geografi…just nk share satu ilmu yang diperolehi ketika berada di tahun ke-2….

Ok..sebelum tu..meh kite tengok gambar2 ni dulu…. Zoom ini…!!!!




































































Ok… ada tak y rasa geli yang amat time tengok gambar2 diatas..?? ha..mesti ada kan…. Kalau tak semua pun..ade la dua tiga oang y geli…. korang agak2 la kan… kenapa ada y rasa geli ek time tengok gambar tu..?? kalau nk diikutkan… gambar2 tu xde la menggelikan sangat pun…. Alah..setakat badang panjang cam tali..pastu ade sisik…. Xde la menggelikan sangat..ye tak..??

Bagi manusia yang normal…memang la xmenggelikan pun… tapi, bagi manusia yang tak berapa nk normal (Bukan Gila ok..).. melihat binatang seperti ular, cicak, katak, dan y sama dengan nya.. sangat menggelikan… malahan..jika boleh mereka nk hapuskan terus kewujudan binatang tu dimuka bumi… individu-individu yang mengalami ketidaknormalan ini sebenarnya mengalami satu gangguan mental yang dikenali sebagai ‘Animal Phobic’. Biasanya, orang y ade animal phobic ini langsung xleh tengok binatang tertentu..tak kisahlah secara live depan mata ke… dalam tv ke…atau sekadar lukisan. Kegelian yang melampau menyebabkan orang jenis ini akan menjerit2 tatkala melihat binatang y tertentu… orang yang ada animal phobic juga sangat peka dengan kewujudan binatang tersebut...dia akan perasan kehadiran binatang tu terlebih dahulu sebelum orang lain…

Walaupun animal phobic ni termasuk dalam kategori tidak normal… tapi ianya tak de la serius sangat…. Setakat ni, masih belum ada patient yang jumpa psychiatric semata2 kerana masalah ini.. ye la… let say korang memang geli gile dengan ular…ade ke korang pegi tanjung rambutan or hospital permai semata2 kerana masalah ini..?? aku rasa setakat ni xde lagi kot…tapi kalau dimasa hadapan..wallahualam…..

p/s: jujur cakap..aku sangat geli dengan binatang bernama spider.. tak kisah la y besar ke..y kecik ke..pasal itu la aku xtaruk gambar binatang tuh…..membayangkan aja..bikin bulu roma aku tegak… eeeeee… geli mak…