Labels

Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Period Pain... Mengapa dan Bagaimana

Assalamualaikum..

Semalam, aku tak boleh tidur sebab period pain yang sangat kuat. Dia punya sakit tu, macam nak tercabut usus... macam-macam cara aku buat untuk hilangkan sakit tu. Sapu krim mustajab la, sapu bam la, tido la.. dan last2 aku tuam dengan botol yang diisi air panas. Dekat pukul 4 pagi juga la baru boleh tido. (sebenarnya dah tido pukul 1.00 pagi tu, tapi terjaga pada pukul 2.30 pagi sebab period pain yang tiba2 kuat).


Gambar Hiasan: Period Pain memang sakit. Hanya yang pernah rasa je yang tahu.


Sementara aku tengah menahan sakit semalam, sempat la juga google sikit2 pasal period pain ni. Setelah meng'google', akhirnya, tahu lah aku bahawa period pain ini atau nama scientific nya dysmenorrhoea  sebenarnya ada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Senggugut jenis primer ni biasanya datang sebelum atau ketika haid. Dan biasanya, senggugut primer ini berlaku di sebabkan oleh pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan dinding rahim yang tebal. 

Masa sekolah dulu, ada belajar (betulkan kalau aku salah), bila ovum di release, ovum akan berjalan perlahan2 hingga sampai ke rahim. apabila sampai di rahim,  ovum  akan menempel di di dinding rahim. Sekiranya ovum menempel itu telah disenyawakan,maka akan menghasilkan baby. kalau tidak disenyawakan,  maka tempelan itu akan semakin tebal, dan apabila cukup masa, ia akan 'runtuh' dan keluarlah haid. Untuk meruntuhkan dinding rahim yang tebal ini, perlu kehadiran sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. So, sekiranya hormon prostaglandin ini  dirembes dalam kadar yang tinggi, pengecutan/runtuhan dinding akan berlaku dengan lebih kuat, hingga menyebabkan senggugut. Sekiranya perembesan hormon prostaglandin ini tak berapa tinggi, maka pengecutan dinding rahim tak la kuat sangat, dan tidak lah sakit sangat/tak ada rasa sakit. Itulah sebabnya mengapa ada orang senggugut, dan ada orang tak rasa sakit pun ketika haid.


Cara mengatasi sengugut primer ni mudah je. Ada beberapa cara yang agak berkesan. contohnya dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti penadol kaler pink tu. Tapi cara ini tidak di galakkan kerana ianya mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan di masa hadapan.


Penadol Menstural antara pain killer yang boleh di ambil ketika period pain. Tapi, tak di galakkan sangat la.

Kalau aku kena period pain, biasanya aku akan sapu balm pala yang aku beli dekat langkawi 4 tahun lepas. Cara itu agak berkesan. Kalau tak ada balm, boleh je sapu minyak panas yang lain. krim mustajab pati halia pun boleh asalkan panas.

Selain tu, kalau aku dah tak tahan sangat, biasanya aku isi botol air dengan air panas, then balut dengan towel, kemudian tuamkan di tempat yang sakit tu. Cara ini memang sangat berkesan. 

Ok, itu saja coretan aku untuk hari ini. Semoga bermenfaat.

p.s: Ini baru period pain, dah tak tahan. Kalau sakit nak beranak nanti, tak tahu la macam mana. 




Saturday, May 10, 2014

Keponakan Hamba

Assalamualaikum...


Entri kali ni saya mahu share tentang dua orang anak saudara saya yang sungguh adorable.. bak kata orang terengganu..comey lotte gituh..


My first Niece namanya adalah Dhiya Zinnirah bt Mohd Zarief Hafiz. Jika tidak salah saya, mama kepada budak ni dah lama mengidam nama Zinnirah tu.. sejak2 sekolah menengah lagi agaknya. Nama glemer budak ni MekDi.. kenapa MekDi..?? Perkataan 'Mek' itu orang pantai timur selalu guna untuk menggelar anak perempuan (kadang2 orang terengganu suka guna perkataan 'whook'. kenapa..?? saya pun tak tahu). 'Di' pula di ambil sempena Dhiya..maka terjadilah short form MekDi. Mekdi ni masa baru keluar dari labor room..memang sangat kembang..bengkak dan merah pipinya. Hinggakan MokTok dia (a.k.a Mak saya) menggelarkan dia Humairah. pendek kata, waktu ni memang xcomel la..ni jujur ni. Lama kelamaan, bila kulit dia dah jadi putih, pipi dah xberapa nak bengkak..barulah terselah kecomelannya. Selain nama Mekdi, antara nama glemer lain yang diberikan kepada budak ini adalah MekRo (sebab suka makan roti) Kak Yaya dan Kak Ya.. 


Biodata Lengkap MekDi:

Nama: Dhiya Zinnirah binti Mohd Zarief Hafiz
Umur: 1 Tahun 2 Bulan 17 Hari
Nama Glemer: Mekdi, Kak Ya, Kak Yaya, MekRo (sometime saya suka panggil dia baby, biar dia rasa muda lagi)
Hobi: Makan...makan..makan...dan Tepik (menjerit)
Kelebihan: comel..macam anak patung
Keburukan: bekeng sungguh dan suka menggigit...
Kepakaran: mengomel..dan menyepahkan rumah..selain kepakaran dalam mengutip sampah dilantai untuk dimasukkan ke dalam mulut.


MekDi..merenung masa depan barangkali

 Lagi Gambar MekDi..tayang gigi lettew..


My second niece..namanya panjang sedikit.. Dhiya Zahirah Zahra bt Mohd Zarief Hafiz.. Umur dia baru 1 bulan. Dilahirkan pada 10 April 2014... budak ni pada pengamatan saya, lebih comel daripada kakak dia (okey..mekdi tetap paling comel dan fav saya..jangan risau..). So far, masih belum ada nama glemer..dan saya tak sempat nak berkenalaan dengan lebih jauh sebab jumpa dia tak sampai 3 hari pun. 

 Dhiya Zahirah Zahra..setelah beberapa jam keluar dari perut ibu..


Lagi gambar Dhiya Zahirah Zahra... comel juga



Itulah sahaja cerita mengenai keponakan hamba.. memandangkan dalam famili saya baru seorang saja yang sudah berumah tangga, maka jumlah keponakan saya memang sangat terhad.. tapi tak tahu la kalau next year bertambah lagi satu kan.. 

Friday, February 1, 2013

kerja...kerja... dan kerja...

helo-helo
dah lama rasanya xupdate blog... maklumla...kebelakangan ni mcm bz sikit... nk setelkan hal bilik lagi... nk kejar due date utk reaearch lagi... nk balik kampung lagi... mmg xdan...sebenarnya...aku adw byk mende nk share kat sini... tapi atas faktor kekangan maaa...maka aku hold la dulu citer2 tersebut... dahla... aku nk sambung analisis data... bye2 semua.....


Friday, December 28, 2012

Selera Makan Yang Dahsyat

Helo-Helo..

Haish.. hari ni aku sorang2 lagi kat ofis nampak gayanya.... bos macam xdak je.. Ummu plak ade viva hari ni..so, kompem la die xdatang...


Nk ngadap chap 2...cam malas nk mampuih... hari ni aku datang hanya dengan harapan supaya pay cek dapat hari ni.. pelik bin anjaib.. kata proses claim cuma 3 minggu..ni dah sebulan dah...xkan xsetel lagi.. hmm..nk marah pun xboleh..sudah bukan rezeki aku hari ni... nasib baik ayah aku yang baik hati tu ade bagi RM300 haritu utk beli enset baru..kalu x...haru biru jugak hari ni..dah la aku kate kat ayah aku yang gaji dah masuk.. isk..mampuih aku nk menjawabnya nnti bila ditanya... hmm..maybe Allah tak bagi aku rezeki lagi utk hari ini..


Ok..itu saja intro utk entri kali ini..mak aih..intro pun kemain panjang berjela lagi... 

Berbalik kepada tajuk entri... utk pengetahuan korang semua, baru2 ni aku g la keluar makan beramai2 (ceit...xde la ramai mana pun) kat restoren Agus... pada asalnya kami keluar berempat..tetiba sampai kat Agus, terserempak dengan seorang kawan..so, kami pun ajak la kawan yang seorang tu utk join skali... 

Masa nk amik order..kemain lama lagi dok memikir...aku time tu ada rasa macam nk makan roti canai... tapi pada masa yang sama terasa juga seperti mahu makan nasik ayam penyet.... so, oleh sebab dilema yang aku alami...maka proses membuat keputusan itu agak lama.. sampai adik y amik order tu mengeluh dah.. kemudian..salah sorang dari kawan aku y bernama Junaidah mula mengorder tomyam cendawan... sekali dengan roti susu 2keping...mak aih..sampai 2 keping roti susu ko bantai jah....

Kemudian, khalilah pula mula mengorder...die order kuetiow kunfu dengan roti milo beserta fresh oren... hmmm..budak ni pun order dua... Indah plak order roti cheese beserta dengan Lele (nasi  putih +sup+ikan keli goreng 2 ekor+sambal lada+ulam-ulaman)..... Lagi sorang kawan aku, Yana namanya order Nasik ayam penyet dengan roti tisu... aku pun apa lagi..memandangkan sume orang order lebih dari satu, maka aku pun mula la order nasi ayam penyet dengan roti bom.. tapi aku xorder air sebab aku ade bawak bekal air sebotol besar..so, buat apa nk membazir..tol tak...


Masa hidangan sampai..mmg xmuat meja la..sampai terpaksa tumpang kat meja sebelah..ade makcik tu..tengok je kami makan..dalam hati mesti makcik tu cakap cam ni.."isk..nasib baik bdk2 ni bukan menantu aku..kalau x...fail.."

lepas makan, kami balik ke kolej dengan perut kenyang dan senang hati.....


itu saja coretan untuk kali ni..dah la..aku nk wat chap 2 ni..bye2 semua....

Friday, December 21, 2012

5 tempat lepak paling Best di KMNS

Helo-helo


Hari ni ntah mengapa terasa rindu sangat dengan KMNS... mungkin sebab dah lama xpegi..n dah lama gila xsembang dengan kawan2 lama.... kalau tegur kat fesbuk pun..tegur gitu2 je la...mmg xsama pun kat jumpa kat alam maya dengan face to face kan...


ni la blok aku y tak berapa nk gah...

Ok la..kali ni aku nk share spot paling best y aku suka lepak time kat matrik dulu2 kala... maybe korang y satu batch ngan aku penah la terserempakt ngan aku kat sini kan....

1. Library

Library kat KMNS xdak nama..so, aku panggil library je la..aku suka gile lepak kat sini sebab kat sini ade ekon... paling best masuk sini bila waktu tengahari...sejuuukk je... aku suka lepak kat arasa bawah sebab kat situ banyak buku..biasa kalau aku g sini, aku amik buku bio je la... kadang2 masuk library semata2 nk sembang je... kadang2 wat tutor y xsiap...kadang2 masuk utk lepak2 sambil baca paper....kadang2..sementara kalau ada gap sejam dua..dan terasa malas nk g kafe atau balik bilik..maka library ni la tempat y aku akan tuju


2. Koop

Tempat kedua y aku suka pegi adalah koop.. aku suka pegi sini walaupun abg koop ni macam garang je..aku suka beli roti n jajan kat sini..roti y paling aku suka adalah roti cheese.. sedap giler..pastu aku suka gak beli win2... aiskrim nestle apple y masam tu... pastu beli choki-choki.. tapi sejak2 kedai kak Yang (sebab akak kedai ni suka pangging 'sayang') dibuka sebelah ngan koop ni... abg koop tu jadik makin ramah plak...

3. OSC

One Stop Center..tempat petama y aku kenal... maklumlah..pendaftaran dulu dibuat kat sini..kat sini lah tempat kami selalu wat discussion...y tak bestnya tempat ni..malam2 mesti penuh ngan manusia.... itu y bikin aku tensen sangat tu... kadang2 putus asa rasa nk wat discussion kat sini..


4. Surau

Surau juga merupakan antara spot y best utk lepak.. terutama bila lepas lunch dan ade kelas pukul 2.00..biasanya aku akan sembahyang zohor kat sini.. (kalau aku dok kat library, aku sembahyang kat library je la..)... kadang2 aku ngan adik aku lunch kat sini aje..beli roti kat koop..then makan kat sini...tapi macam biasa..time solat zohor..kompem surau ni penuh... tapi y bestnya surau ni (compare ngan surau FPPSM UTM).. xdak pun org y dok tido2 time peak hour.. y ade cuma org y nk sembahyang..kalau y nk uzur tu..mereka dok kat luar je sambil2 siapkan keje skolah...

 5. Kafe D

ni kafe feveret aku...biasa aku tiru tutor orang lain kat sini la..kalau ada gap waktu pagi, kami akan lepak kat sini sambil buat tutor y xsiap.. biasa aku tiru orang punya... tapi kadang2 ada jugak y tiru aku punya tutor... kadang2..aku ngan kembo aku beserta roomate aku suka kuar awal tiap kali hari rabu..biasa kami akan singgah kat kafe D dulu..pekena nasi lemak +milo panas sebelum pegi perhimpunan pagi.... lagi satu y bestnya kafe D ni ada pakcik yang baik gila... mmg betul2 baik la... kafe D juga merupakan antara kafe y paling bersih jika nk dibandingkan dengan kafe2 lain...


Itu dia top 5 spot melepak y best kat matrik...isk... ni y rasa cam nk masuk matrik semula ni...

Kenangan Lama

Helo-helo...

semalam do godek2 laptop.. tetibe terjumpa gambar ni.. ni gambar lama..diambil pada tahun 2009 (ceit..xde la lama mana..)

gambar ini diambil di OSC... ini sume rakan2 sebilik dan depan bilik +kembo aku y dok kat blok sebelah dan kawan kepada budak bilik depan.... kami mmg suka lepak sama2....


Gambar ni diambil waktu tengah exam week PSPM2 waktu kat matrik dulu2 kala.. time ni baru abis paper ape ntah.. y pasti esoknya cuti..xde exam la kan kalau cuti..memandangkan masa untuk kami bersama-sama tak sampai seminggu pun lagi, jadi kami emngambil keputusan untuk meronggeng di tengah2 malam.. errr...xde la tengah malam sangat...dalam kol 9.00 malam cam gitu la...

Malam tu kami wat keje gile... jalan2 pusing satu matrik sambil bergambar... habis sume tempat kami pergi... dari koop, sampai ke squash court...hinggalah kembali ke koop balik... mmg betul2 pusing satu matrik la... 

aku ingat lagi..waktu kami tengah syok2 bergambar kat squash court..tetibe ade berlaku kekecohan.. memandangkan kami ni mmg jenis bz body.. maka kami pun menyibuk skali..tapi dari jauh je la.. rupa2 nya ada felo tangkap student dating kat tempat gelap.. isk..macam2 kan..dah dekat2 nk abis pun..wat perangai lagi...


huaaaa.. rindu sama kenangan ini... 

p.s: bila la boleh jumpa korang2 lagi ea...

Saturday, December 15, 2012

Forever Alone

Helo-helo....


apa khabar semua..?? harap2 korang sume sihat2 belaka la ye... 

Hari ni masuk hari ke 10 hidup tanpa telefon bimbit....and guest what..?? I'm still alive.. yeah.. Alhamdulillah...~~

huhu..sebenarnya..aku lebih suka hidup aku xdak enset (dengan syarat sume orang tahu y aku xdak enset)..sebabnya apa..?? sebabnya...bila mana org tahu y aku xdak enset.. maka mereka sume tidak akan menelefon/mesej/menghubungi aku melalui phone (boleh guna alternatif lain seperti fesbuk, twitter dan email) which mean jimat la kredit aku.. ye tak...

Honestly, aku sebenarnya lebih suka hidup sebagai forever alone.... memandangkan aku ni mempunyai personaliti Introvert (carik sendiri kat internet ye kalau tak tahu)...makanya ia bukan menjadi satu permasalahan bagi aku.... hidup aku jadik lebih teratur bila aku jadi forever alone ni...

Kenapa aku cakap cam gitu..??? 

sebabnya mudah... bilamana aku hidup forever alone .. maka xdak sapa2 juga y akan mengajak aku keluar jalan-jalan ke JB/Taman U/mana-mana tempat seumpama denganya..maka ini secara tidak langsung membolehkan aku utk berjimat cermat sambil mengisi masa lapang aku dengan aktiviti y paling aku suka... iaitu tidur... faham..?? ye la..korang bayangkan la.. aku ni pantang diajak berjalan... kalau org offer je..kompem aku pegi..waktu undergrad dulu..aku mmg asik jalan je kejenya..pegi Sedili la..Pegi air terjun la.... pegi sana la...pegi sini la.. bila balik smula ke kolej mula la timbul perasaan menyesal... mana tak nya..duit melayang bagai di tiup angin.... masa terbuang.... dapat penat lagi.... sejak2 jadi forever alone ni..aku jadik malas nk kuar.... malas y tersangat2... bagus kan....jimat duit....


keduanya... bila aku jadi forever alone ni..banyak masa aku boleh kurangkan dosa.. ye la..kalau dulu waktu aku undergrad..pantang ada masa..bergosip je kejenya..bukan nk kata kawan2 aku kaki gosip..tapi dah lumrah kan..bila perempuan bertemu dengan kawan masing2...sebaik mana pun perempuan itu, pasti ada nafsu utk mengumpat/bergosip... bila dah hidup sorang2 ni.. xkan nk mengumpat dengan diri sendiri pulak..betul tak...?? hehehe..~~

Ketiganya...hidup forever alone ni membuatkan aku menjadi lebih berdikari dan dewasa... buktinya..?? sekarang aku dah berani drive sorang2 pegi kempas utk dapatkan sim card baru... aku dah ada keyakinan untk bekerja tanpa kawan2...aku dah tak ada masalah untuk gi Giant sorang2... malahan, aku dah boleh buat macam2 tanpa ada kawan2... kalau zaman aku undergrad dulu..asik2 nk kawan teman...nk pegi Hema pun mintak kawan teman.... nk g jumpa supervisor pun nk kena ada geng... nk g Jusco or Giant pun mesti ada kawan... tapi aku lebih suka g sorang2 sebenarnya...jimat masa dan jimat duit...tapi..ada kawan2 pun best jugak..boleh sembang2 sepanjang perjalanan..ye x...


Tapi sebenarnya...walaupun orang nampak aku ni macam forever alone.. tapi aku xde la totally Alone... sebabnya...aku masih ada diri aku, Kedua Malaikat yang jaga kiri dan kanan...aku masih ada Famili aku y masih cuba contact aku sampai sekarang walaupun enset aku xdak..aku masih ada kawan2 aku walaupun masing2 jauh... dan yang penting aku masih ada Allah yang akan menjaga dan memerhatikan aku... So, sapa aku ni FOREVER ALONE..???

Tuesday, December 11, 2012

Bila bercerita soal Rezeki

Helo-Helo..

sebelum memulakan entri, aku nk share sepotong ayat...

" Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya di jamin Allah swt rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamanya dan tempat menyimpanya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)"    (Surah Hud, ayat 6)

Kali ni aku nk share pasal rezeki. Setiap orang ada rezeki masing2... Allah dah menjanjikan setiap orang rezeki yang mencukupi...tapi kadang2 kita sebagai manusia tak pernah bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi..

Aku just nk share pengalaman aku.. Masa mula2 aku dapat tawaran utk sambung master, aku rasa agak tertekan sebenarnya. maklumlah, yuran je dah cecah RM3K. itu tak termasuk kos sara hidup lagi.. paling2 tidak pun nk kena ada RM1K.. dah la waktu tu aku xdak keje.. so, bila xdak keje aku xdak la pendapatan... so, bila xdak duit..aku mmg stress...

Selepas itu, mak aku offer pinjamkan aku duit utk bayar yuran pengajian +yuran Asrama... aku pun terima la ..rezeki kan... tapi waktu tu, hati aku masih xtenang.. ye la, duit yuran mmg la lepas.. tapi duit poket..?? duit yuran sem2 depan...?? aku pun jadi bingung.. kalau aku cakap aku xnk sambung kang..mak aku bising pula...~~


Selepas selamat mendaftar, mak aku pun bagi la duit poket sikit... duit tu kira ngam2 la untuk sebulan. Lepas tu, masalah lain plak timbul iaitu majlis konvokesyen. Yuran utk konvo je cecah RM200. itu xmasuk penginapan dan bermacam2 mende lagi..maka aku dengan rendah hatinya telah meminta bantuan adik aku untuk meminjamkan duit sementara menunggu permohonan biasiswa dibuka... Aku pun  terfikir2 juga.. macam mana la nasib aku ni.. biasiswa tak mohon lagi, tapi hutang dah keliling pinggang...

Tapi..ha ada tapinya.. Allah itu maha mengetahui... Dia ada perancangan yang lebih khusus buat aku sebenarnya. Sedang aku pening2 kepala memikirkan tentang kehidupan aku ni... Allah telah memberikan aku rezeki yang tak disangka2... Pada suatu hari, salah seorang dari lecturer aku call n offer utk jadi RA.. aku pun apa lagi, terima la offer tu.. orang kata rezeki jangan di tolak...

Selepas aku terima tawaran RA, aku mendapat offer biasiswa dari KPT... walaupun xbanyak, tapi cukuplah utk tampung yuran pengajian. Pada masa yang sama, permohonan utk Biasiswa Zamalah di buka utk pelajar master (sebelum ni ada ura2 mengatakan zamalah utk pelajar master dibekukan)... dan selang beberapa minggu, aku menerima tawaran utk mengajar tuisyen subjek sejarah.. tapi aku terpaksa tolak memandangkan aku sibuk jadi RA.. 

Nampak tak..?? kadang2 Allah bagi kite rezeki tanpa kita sangka2... kadang2 Allah saja je hold kite punya rezeki, suapaya bila kita susah kita akan ingat pada Dia... tak caya..? cuba korang cek balik.. bila kita semua senang, jarang sekali kita bersyukur kan.. tapi bila kita susah, (dalam situasi aku ni, xdak duit la..) even dapat rezeki yang sikit pun kita bersyukur sangat2.. kadang2 Allah saja nk uji kita supaya kita lebih dekat dengan Dia.. Dia uji kita tandanya Dia sayang dan peduli tentang kita.. ye tak.. 


Ok la.. sampai kat sini je coretan aku untuk kali ini..kalau aku rajin, insyaallah aku akan tulis entri pasal jodoh pula...~~





Aku sebagai RA

Helo-Helo..

Hari ini adalah hari malas sedunia... errr...applicable utk aku je la.... hari ni terasa malas nk buat semua bende.... malas kemas bilik..malas bangun pagi...malas pergi kerja..pendek kata semuanya malas la... memandangkan 'Bos' aku beserta dengan rakan sekerja aku xdak (mereka berdua pegi out station ke Kelantan)..makanya aku pun terasa malaaaaaassss sangat nk g office. Kalau g office pun, bukan ada orang.. ye x...

Ok la.. kali ni just nk share pengalaman aku bekerja sebagai RA.. actually, aku ni bukanlah RA rasmi yang terlantik pun.. leceh la nk buat lantikan RA...banyak procedur dan memakan masa yang panjang. Nk tunggu surat lantikan pun kemain lama lagi..

Kerj RA atau nama penuhnya Research Assistant ni bukan la susah mana pun... senang je... cuma perlu buat kerja pengkeranian + kera research sikit2... tambahan pula projek yang aku terlibat ni xda la besar mana... maka keje pun xda la banyak mana...

Tugas aku cuma perlu siapkan Literature Review dan key-in data je.. dan juga buat keje2 kerani la seperti claim. itu je.. xbanyak pun... tapi itu lah... walaupun keje sikit.. tapi tetap xsiap2 jugak... maklumlah, aku ni seorang yang buat keje ikut mood...kalau mood aku ada, maka aku akan fokus dan akan buat sampai siap..kalau xdak mood, hmmm..alamatnya xbegerak2 la keje aku tu...

Ok la..aku nk chow dulu..nk wat keje...

Babai...~~

Friday, December 7, 2012

Makan...Makan...dan Makan lagi...

Helo-Helo...

Ini adalah cerita lama... saje je nk update semula..... 

sebagai seorang pelajar y masih belum mempunyai sebarang tajaan (kecuali mak bapak y taja)..maka aku mmg sudah lama tidak keluar utk makan makanan yang sedap2... asik2 makan nasik hujan panas mak long..asik2 makan nasik hujan panas mak long.... hari2 makan nasik hujan panas maklong boleh ciker jugak dibuat nya... maka, di era konvokesyen baru2 ni.. ramai la kawan2 aku datang ke UTM..maklumlah..banyak je urusan konvo y perlu di setelkan seperti pengambilan jubah dan rehearsal. itu xmasuk lagi yang nk g amik medal la..hapa la...

Memandangkan ramai kawan2 aku sudah mula bekerja, maka ramai lah diantara mereka yang sudi menaja makanan yang enak2 sempena gathering kami yang xseberapa ni.. First org y sponsor aku makan adalah Cik Raididah Yakni... Buat msa sekarang, cik Raidah Yakni ni bekerja di sebuah kilang di gelang patah sebagai planner... (bukan minah kilang tau)..oleh kerana gajinya mungkin bari masuk ketika itu..maka die dengan baik hatinya belanja aku makan KFC... Dinner set tuh... hehe.. untung badan...Trimas Cik Raidah

(gambar xde..xsempat nk snap)

Selang beberapa hari selepas Raidah belanja aku makan... di suatu pagi y hening.. tiba2 ada kawan aku mesej..katanya ada salah seorang dari kawan kami bernama 'Aqilah atau dalam bahasa mudahnya diesebut Q mengajak kami untuk lunch sama2..kira gathering kecil-kecilan la ni.... aku bajed nk makan kat Pak Lah ke... Minang ke..Abang Bob ke.. alih2 dibawaknya kami makan di Domino's Pizza... dan seperti biasa..oleh kerana kebanyakan dari kami masih menganggur..maka Miss Q ni lah yang sponsor semua...kami pun apa lagi...sebat la..rezeki dah ada depan mata..orang kata..rezeki jangan di tolak.. ye dak... Terima Kasih ye Miss Q..

Gathering: Khalilah@Lola,Raidah Razak@Rarai, 'Aqilah@Q, Indah, Saidatul @sasai, Junaidah@jun

selang dua hari,.. (hari jumaat sebelum konvo) diadakan rehearsal utk konvokesyen,.. lepas je rehearsal.... Miss Q sekali lagi mengajak kami semua pegi makan trutti friutty... mak aih... kemain seronok lagi.. dan kali ini pun di taja oleh Miss Q... kami pun apa lagi..amik je la seberapa banyak aiskrim yang disukai... hmmm..makan lagi.... Thanks Again Miss Q

Trutti Fruitty.... nyum...nyum..~~
Tutup citer pasal makan2 sebelum konvokesyen... lepas konvokesyen....setelah kebanyakan dari kawan2 aku pulang ke rumah masing2... maka kami yang masih bersisa di UTM ini meneruskan perjalanan kehidupan kami seperti biasa. Memandangkan kami tidak sempat bertemu dengan Shashi pada hari konvokesyen..maka shashi ajak la kami semua buat small gathering kat restoran Agus yang terletak di Taman U... Dan memandangkan Shashi sudah bekerja sebagai guru Tuisyen... makanya die dengan bermurah hatinya sponsor kami pada hari itu.. bukan sikit wooo... masing2 pakat order roto canai la... sate la... otak2 la.. itu tak termasuk makanan panas dan air lagi tu... aku bajet hari tu papa shashi dah habis dekat RM100 dah sebab belanja kami makan... Thanks ye papa Sashi..

Tengah tunggu makanan sampai..

Penuh meja...

anyway... aku sangat happy waktu gathering ni..bukan sebab ade orang belanja.. tapi waktu gathering macam ini lah dapat eratkan kembali hubungan sesama kami + dapat saling bertukar2 cerita... next time..kite gather ramai2 lagi ye....

Saturday, April 21, 2012

Entri Pendek: KMNS

Helo-Helo..

Sementara menunggu masuknya waktu Isyak, aku pegi la mengoogle... tetibe tangan aku terasa gatal nk  bermain2 dengan google maka aku pun mengoogle la pasal KMNS...  setelah menjelajah besama Google.. tetibe aku terjumpa blog ini:

http://nicksedi.blogspot.com/

dalam blog ni..aku terjumpa pula entri ini:

http://nicksedi.blogspot.com/2009/10/mh1p3-20072008kmns.html?showComment=1335009566695#c7025561224372344074

pergh..bukan main panjang melebar si penulis menulis pasal bdk2 kelas aku dulu. aku pun baca la satu2... huh... sangat detail die menceritakan semuanya... sampai aku rasa, entri ni boleh dijadikan novel...... so, kepada semua ex-MH1P3 yang masih belum baca..sila lah klik di  situ ye....


p.s: aku pun ade gak tulis pasal bdk2 ni.. tapi xdak la panjang melebar cam gitu...huhu..~~

Sunday, April 8, 2012

Kisah aku, kawan-kawan dan Ikan Talapia

Helo-Helo..

Aku merupakan student tahun akhir di UTM. Memandangkan ini adalah semester terakhir.. maka terlalu banyak bende yang aku nk buat sebelmu grad. Maklum la... nk kumpul kenangan2 manis katakan..nnti pas grad.. boleh la bercerite kat adik2 or kawan2 betapa manisnya belaja kat UTM ni...

Nk dijadikan cerita, semalam aku n  kawan2  pegi la buat keje gile... iaitu memancing kat tasik UTM. Utk pengetahuan korang yang tak penah sampai UTM, kat UTM skudai ni ada sebuah tasik yang sangat cantik. Aku tak sure plak sama ada tasik tu tasih buatan or semulajadi. Kat dalam tasik tu ada banyak sangat ikan yang besar2 dan gemok2... kebanyakan ikan tu dari spesis Talapia... kami pegi kat tasik tu around pukol 11.00 malam... bila sampai kat sana, aku agak kecewa sebab ramai sanga foreigner tengah bersuka2 ria kat tasik tuh...

Tasik UTM

Pastu kami tunggu je la sambil2 menyiapkan 'joran'. Joran yang digunakan sangat simple; batu ladung dang mata kali diikat pada seutas tali dan tali itu diikat pada botol atau kayu. Umpan pula kami hanya gunakan roti Gardenia yang sudah expired. Memang tak makan kos yang banyak pun kalau nak memancing kat UTM ni... Kemudian, setelah joran disiapkan, kami pun bergerak ke atas jambatan yang bersambung ke pondok ditengah tasik.

Mula2 mmemancing, ikan memang cam tak mao dekat... kemudian kami terfikirkan satu teknik rahsia, iaitu menguman ikan untuk datang dekat dengan cara mencampakkan roti kedalam tasik. huh... teknik ini berkesan. tak lama setelah itu, salah sorang dari kawan aku iaitu Wawa Ahmad telah berjaya menangkap seekor ikan talapia yang bersaiz sederhana. kami semua menjerit kegembiraan walaupun ikan yang ditangkap tu xde la besar mana pun. Bila ada orang sudah berjaya menangkap ikan, secara tidak langsung ianya memotivasikan kami yang lain untuk mendapatkan ikan....


muka gembira dapat tangkap ikan


lagi sekor yang berjaya ditawan


Setelah mengambil masa kira2 3 jam, akhirnya 14 ekor ikan talapia berjaya dipancing. Ada ikan yang sangat besar,... dan ada juga ikan yang sangat kecil.... setelah itu, kami pun berangkat pulang ke  K9 sekitar jam 2 pagi.  

hasil tangkapan...jumlah keseluruhan 14 ekor...

Keesokan harinya, setelh melalui kelas ISO yang sangat memenatkan, kami pun pergi ke rumah Mak Cik Raidah yang terletak di Taman Universiti untuk menggoreng ikan tu..maklum la..paham2 je la y kat k9 ni xde dapur untuk menggoreng. kami pegi dalam pukul 1.00 tengah hari. Setelah selesai memasak, kami pun menjamu selera. dan buat pertama kalinya aku merasa ikan talapia. kesimpulanyya, hmmm..not bad la... boleh ditelan la....xde rasa hanyir pun. Mungkin sebab kami basuh ikan tu guna garam dan asam keping. Selain ikan talapia, kami juga dihidangkan dengan ikan sembilang masak asam pedas. Lepas habis melantak, kami dihidangkan pula dengan pisang n keropok goreng...pergh,...mmg sangat kenyang sampai rasa cam nk tido je...
setelah siap digoreng


Balik je dari rumah makcik Raidah, aku n kawan2 sempat la tapau sikit pisang goreng n keropok goreng untuk dibawa balik ke k9. huh..memang sangat sedap..betul beb..aku tak tipu..

p.s: naik cuti ni..nk bawak balik kotak ais.... nnti senang nk simpan ikan...=)

Sunday, March 25, 2012

Tweeter la pulak...

Helo-Helo...

wah2...hari ini..banyak sungguh entri yang aku tulis... azam aku hari ini sebenarnyan nk setelkan Blog untuk HRIS... tapi terbukak blog lain plak.. hadoi... tertunggak lagi la usaha aku...

ok... sekarang aku just nk kasi tahu...aku dah ade akaun tweeter... akaun facebook aku yang lama aku deactivate kejap... saje je nk kasi akaun fesbuk tu berehat...

nnti sape2 y ade tweeter..jangan le segan n silu utk follow aku ek.....


p.s: aku masih baru dalam dunia tweeter.... sebab itu aku masih pening2 langau lagi..~~

Saturday, March 24, 2012

Ketagih Win2

Helo-Helo...

semalan aku nk kenkawan pegi la kedai borong....nk memborong makanan...maklumlah..makanan kat bilik dah abis... jadi kami pegi la ke sebuah kedai kat taman U..Kronfa namanya kalau tak silap....

aku xbeli banyak barang pun kat sana...aku just beli maruku ikan dengan satu cokelat yang dah lama aku cari.... iaitu Win2...




Dulu time kat matrik...aku suka sangat makan mende alah ni.. hari2 g koop semata2 nk beli win2... sedap oooooo... boleh ketagih..... tapi semenjak masuk U...susah dah nk carik win2 ni....


tapi..semalam..aku bejaya juga menjejak win2 kembali... dan consequence nya...aku dah kembali ketagih win2... sekian...~~~~


Tuesday, March 13, 2012

Touch n Go....

Helo-Helo...

Sabtu baru2 ni..nk dijadikan cerite...aku n kawan2 menghadiri satu kenduri yang berlangsung di Kg Parit Mengkasar, Pontian Johor. Total y pegi adalah dalam 15 orang... kire konvoi 3 bijik keta la.... salah satu keretanya ofkoz la kete wire kesayangan aku tuh... nak dijadikan cerita juga.. dalam kereta aku, ada lima orang (termasuk aku y bertugas sebagai supir). Pada asalnya, kami berjanji untuk bergerak pada jam 11.00 pg. Tapi, seperti biasalah, janjinya jam 11 pagi, bergeraknya pada jam 12.00 t/hari. Setelah bertemu di Esso, kami berlima belas (hmmm... cam pelik je bunyi nya).. memulakan perjalanan... dan nak dijadikan cerita lagi, untuk pergi ke pontian, kami bersepakat untuk melalui PLUS a.k.a Highway... Ketika sampai kat Plaza tol skudai (kalau xsilap)..aku terus beratur kat kaunter tiket.. ketika sedang beratur.. tetibe aku tedengar ada satu suara dari belakang yang berkata begini..




"ehhh....masuk la kat Touch n Go...aku ada kad" kata suara misteri itu...

Jadi, dengan penuh yakinya, aku beralih ke line sebelah iaitu line kaunter tiket+Touch n Go..... setelah aku beratur disitu.. tetiba ada salah seorang daripada penumpang kereta itu berkata...


"amik la line sebelah..... kat sebelah xde kereta.." kata penumpang tersebut...

maka, aku dengan penuh komfiden beralih ke line sebelah dimana line itu hanya... aku ulang HANYA menerima Touch n Go.... maka nk dijadikan cerita lagi, sebaik sahaja menghampiri kaunter (err...kaunter ke..?) touch n go itu, maka aku berkatalah kepada penumpang dibelakang..

"K******h,...mana kad touch n go..?? cepat la.. dah nk sampai ni.." kata aku dalam keadaan neves...

penumpang yang bernama K******h itu diam dan terus menyelongkar dompetnya....

aku berkata lagi...

"K*****h... cepat la... keta dah bederet kat belakang tuh..."

kemudian penumpang yang bernama 'K******h itu kemudianya berkata...

"Kejapla... tengah carik.."

tetibe...penumpang y bernama K******h itu pun berkata...

"alamak...kad touch n go aku HILANG.... aku rasa dalam beg satu lagi...."

dalam keadaan kelam kabut dan neves...kami berlima tetibe jadik blurr...kereta kat belakang semakin berderet2.. maka aku sebagai driver semaking gelisah dan gementar....

maka kami berlima pun terperangkap la di Plaza tol selama hampir 5 minit... menyedari ada masalah disitu, maka pekerja plaza tol itu pun keluar untuk menyelesaikan masalah... ye la..kalau masalah tak setel..alamatnya.... jalan itu akan jamm sampai ke JB.... sebaik sahaj petugas plaza tol itu tibe.... kawan aku (salah seorang dari penumpang) yang kebetulanya mengenali petugas itu berkata...

"weh... kad Touch n Go aku hilang..." kata kawan aku kepada kawanya y bertugas di Plaza Tol....

maka jawab petugas itu:

"nak tak nak..ko kena beli la kad baru..."

maka, untuk menutuo kesalah yang dilakukan.. penumpang yang bernama K******h itu pun membeli kad Touch n Go dengan harga RM20.00... setelah itu, kami meneruskan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.... sekian....~~~

inilah wakah penumpang yang bernama K******h itu....~~~


p.s: Bila difikirkan balik..menyesal pulak aku ikut cakap penumpang...kalau aku ikutkan kata hati aku untuk beratur di Line tiket...mesti hal y memalukan ini xkan berlaku kan.~~~


Saturday, March 3, 2012

Country's Tid-Bits & Candies Cottage


Helo-Helo..

Semalam, aku n kengkawan kuar g shopping... maklumla duit PTPTN kan baru masuk. Jadi, kami bersepakat untuk membelanjakan sedikit dari duit loan itu untuk membeli barangan keperluan harian. Hajat di hati mahu pegi ke Tesco Bukit Indah.... namun, oleh sebab 'GPRS' tersalah jalan..makanya kami termelencong ke Tesco Tebrau.Pas abis shoping sakan kat Tesco, aku n kengkawan pun pegi la Jusco Tebrau yang terletak di depan Tesco Terbrau. Hajatnya untuk mencari makanan untuk dinner la kan... setelah ditambah tolak darab dan bahagi, makanya kami memutuskan untuk makan kat KFC je..maklumla.. setakat ini, KFC je restoran yang menawarkan harga makanan yang paling rendah (compare dengan restoran lain yang ada kat situ la...)..

Setelah memnuhkan perut dengan X-Meal, maka aku nk kengkawan pun keluar dari KFC dengan senang hati... Sedang berjalan-jalan, aku terlihat satu kedai yang cukup best untuk mencari pencuci mulut (maklumla, kat KFC xde pencuci mulut). Nama kedai itu adalah Country's Tid-Bits & Candies Cottage.




mula-mula, aku just masuk je...saje je nk cuci2 mata.. Sebaik sahaja aku masuk, aku terlihat banyak sangat candies yang beraneka macam. Selain candies, kedai ni jugak ade jual asam2, biskut2, kerepek2... dan juga herba2 ( y ni je y xbest).....


Pelbagai Jenis Candy yang dijual..... y ijau tu sedap...rasanya masam2 sikit

Candy ni nampak lawa dan sedap kan...


apa y membuatkan kedai ni best adalah, ianya menyediakan tester untuk dicuba oleh pelanggan. dan namanya pun tester..kompem2 la ianya free.... aku pun apa lagi, tanpa melengahkan masa, aku n kengkawan 'merasa' setiap jenis candies dan asam yang dijual disitu..fuh..sedap beb.. betul la kata orang, makanan paling best adalah makanan percuma....

Testing time.....

setelah selesai 'Merasa' candies dan asam, maka aku berhajat mahu keluar je dari kedai tu...tapi apa pula kata pekerja kat kedai itu kan.. jadi, untuk mengelakkan rasa bersalah kerana 'merasa' candies n asam dengan kuantiti yang agak banyak, maka aku pun memilih untuk membeli satu jenis candy dan satu jenis asam......

hanya ini yang mampu dibeli.....~~~


setelah keluar dari kedai itu.. tetiba je aku rasa sakit perut... itulah balasan bagi orang yang tamak.... sekian..~~~~


p.s: next time nk pegi lagi la...~~~~

Monday, December 19, 2011

Demam PSM sudah bermula...

Helo-helo...

29 Disember 2012 merupaka tarikh yang sangat xbest.. ini kerana pada tarikh ini aku kena hantar proposal untuk PSM aku... (bagi yang masih tak tahu, P.S.M merujuk kepada Pojek Sarjana Muda... atau Projek Sangat Mudah) haish... haru biru aku dibuatnya..mana tak nya.. Bab 1 masih belum complete...bab 2 masih lobang2...bab 3 tak sentuh2 lagi...





Tapi xpe...memandangkan aku masih ada banyak masa...jadi aku masih boleh rilek... ari jumaat ni nk g jumpa supervisor kesayangan iaitu Dr.Ishak untuk semakan.... harap2 jumaat ni die ada la kat Office......

Thursday, November 24, 2011

Spring Waltz punya cerita...

Helo-Helo....

Isk..dah lama rasanya tak bukak blog ni..almaklum la.. semenjak dua menjak ni..aku memang agak bz sikit. maklumlah..mana nk siapkan PSM lagi..nk setelkan esaimen lagi..(ok... tipu...)

tapi dalam ke'sibuk'kan aku..sempat jugak la aku menonton cerita salah satu cerita korea kat Laman web Maaduu... Cerita tu aku dah tengok dah dulu.. walaupun dah tengok, tapi aku still nk tengok lagi.... (huh..memang aku pandai carik tempat untuk buang masa...)



Cerita yang aku tengok tu tajuknya adalah 'Spring Waltz'..cerita ni takde la femes mana...so aku rasa musti ramai yang tak tahu kewujudan cerita ni kan... dulu cerita ade main kat TV2 setiap hari isnin hingga jumaat... pukul 6.00 petang kalau tak silap... time citer tu ditayangkan.. aku masih berada di KMNS... so, korang paham2 la kan..kalau dok kat asrama ni...memang kompem xde TV..kalau ade pun kat bilik TV.. tu pun nkn kena berebut dengan bdk2 lain..(nasib baik ramai gak bdk2 KMNS yang nengok citer ni..). TV plak kelabu2 asap je...


pernah satu ketika..nk dijadikan cerita... aku ada kelas kokurikulum pada hari rabu..pukul 6 petang.. time tu aku rasa cam nk ponteng kelas je.. semata2 taknak miss cerita Spring waltz la kan... tapi.. nak dijadikan cerita lagi..cikgu Kokurikulum aku tu dengan baik hatinya telah menukarkan waktu kelas...iaitu dari pukul 6 petang..diawalkan ke 5 petang..(ejh..cam tahu2 je..) so, setiap hari rabu, habis je kelas kokurikulum..dengan selaju-lajunya aku berjalan ke balik ke blok (kalau boleh nk berlari je) dan terus menuju ke bilik TV tanpa sempat meletakkan beg kedalam bilik.. dan biasanya..bila aku sampai je kat Bilik TV tu...memang sume org dah bukak TV2... huh..bdk2 ni.kalau bab cerita korea...memang sume bersatu hati....

Kenapa aku suka tengok cerita ni..??

hmmm...ntah la..nk kata jalan cerita die best...biasa je..cuma jalan cerita dia agak lain la dari cerita korea yang lain.... watak utama dalam cerita ni pun boleh la tahan... kira boleh masuk dalam kategori cantik dan hensem la.... selain tu, aku suka cerita ni mungkin sebab ianya bergenre melodrama atau dalam erti kata nama lain, soundtract yang digunakan dalam cerita ni memang best....
Antara pelakon yang terlibat dalam drama ni adalah:


Han Hyoo Joo as Suh Eun Young

Seo Do Young as Lee Soo Hoo/Yoon Jae HA

Daniel Henney as Philip

Lee So Yeon as Song Ina

Walaupun ade y cakap citer ni xbest.. tapi aku pedulik hape.. janji aku enjoy time tengok citer ni..



p/s: dalam episod akhir..ada satu scene dimana Yoon jae Ha memakai suit tuxedo putih time n main piano time konsert. then aku realize that he is soo handsome.... wink..wink...



Friday, October 28, 2011

Ntah apa y aku merepek ni..

Helo-Helo..

Sekarang jam menunjukkan 11.17 pagi... lokasi aku kat Cyber Lab D06...

Jap lagi nk g jumpa Bapa Psikologi UTM a.k.a KJ a.k.a Dr.Ishak untuk consultation... aigooo... penat menunggu turn..maklumla..susah kot kalau nk berurusan dengan orang y sibuk ni....

Pas abis jumpa Dr.ishak, nk g makan kat KP... err..bg mana2 yang tak tahu..KP stands for Kolej Perdana (UTM)..kat sana ada satu restoren y best.. (sbb ade aircond je..)


Then lepas makan n usai solat zuhur..mahu ke Plaza Angsana... nk g jumpa RAM sambil2 membeli apa2 yang patut..isk..memang tak saba nk jumpa RAM.. then nk teman Ajuya pegi klinik....



Last but not least.... nk g UMall.. nk tuka kasut... ade ke patut org tu kasi aku kasut dua2 belah kiri... aish....

p.s: ntah ape2 punya entri... itu pun mahu cerita ka..??