Sunday, April 8, 2012

Kisah aku, kawan-kawan dan Ikan Talapia

Helo-Helo..

Aku merupakan student tahun akhir di UTM. Memandangkan ini adalah semester terakhir.. maka terlalu banyak bende yang aku nk buat sebelmu grad. Maklum la... nk kumpul kenangan2 manis katakan..nnti pas grad.. boleh la bercerite kat adik2 or kawan2 betapa manisnya belaja kat UTM ni...

Nk dijadikan cerita, semalam aku n  kawan2  pegi la buat keje gile... iaitu memancing kat tasik UTM. Utk pengetahuan korang yang tak penah sampai UTM, kat UTM skudai ni ada sebuah tasik yang sangat cantik. Aku tak sure plak sama ada tasik tu tasih buatan or semulajadi. Kat dalam tasik tu ada banyak sangat ikan yang besar2 dan gemok2... kebanyakan ikan tu dari spesis Talapia... kami pegi kat tasik tu around pukol 11.00 malam... bila sampai kat sana, aku agak kecewa sebab ramai sanga foreigner tengah bersuka2 ria kat tasik tuh...

Tasik UTM

Pastu kami tunggu je la sambil2 menyiapkan 'joran'. Joran yang digunakan sangat simple; batu ladung dang mata kali diikat pada seutas tali dan tali itu diikat pada botol atau kayu. Umpan pula kami hanya gunakan roti Gardenia yang sudah expired. Memang tak makan kos yang banyak pun kalau nak memancing kat UTM ni... Kemudian, setelah joran disiapkan, kami pun bergerak ke atas jambatan yang bersambung ke pondok ditengah tasik.

Mula2 mmemancing, ikan memang cam tak mao dekat... kemudian kami terfikirkan satu teknik rahsia, iaitu menguman ikan untuk datang dekat dengan cara mencampakkan roti kedalam tasik. huh... teknik ini berkesan. tak lama setelah itu, salah sorang dari kawan aku iaitu Wawa Ahmad telah berjaya menangkap seekor ikan talapia yang bersaiz sederhana. kami semua menjerit kegembiraan walaupun ikan yang ditangkap tu xde la besar mana pun. Bila ada orang sudah berjaya menangkap ikan, secara tidak langsung ianya memotivasikan kami yang lain untuk mendapatkan ikan....


muka gembira dapat tangkap ikan


lagi sekor yang berjaya ditawan


Setelah mengambil masa kira2 3 jam, akhirnya 14 ekor ikan talapia berjaya dipancing. Ada ikan yang sangat besar,... dan ada juga ikan yang sangat kecil.... setelah itu, kami pun berangkat pulang ke  K9 sekitar jam 2 pagi.  

hasil tangkapan...jumlah keseluruhan 14 ekor...

Keesokan harinya, setelh melalui kelas ISO yang sangat memenatkan, kami pun pergi ke rumah Mak Cik Raidah yang terletak di Taman Universiti untuk menggoreng ikan tu..maklum la..paham2 je la y kat k9 ni xde dapur untuk menggoreng. kami pegi dalam pukul 1.00 tengah hari. Setelah selesai memasak, kami pun menjamu selera. dan buat pertama kalinya aku merasa ikan talapia. kesimpulanyya, hmmm..not bad la... boleh ditelan la....xde rasa hanyir pun. Mungkin sebab kami basuh ikan tu guna garam dan asam keping. Selain ikan talapia, kami juga dihidangkan dengan ikan sembilang masak asam pedas. Lepas habis melantak, kami dihidangkan pula dengan pisang n keropok goreng...pergh,...mmg sangat kenyang sampai rasa cam nk tido je...
setelah siap digoreng


Balik je dari rumah makcik Raidah, aku n kawan2 sempat la tapau sikit pisang goreng n keropok goreng untuk dibawa balik ke k9. huh..memang sangat sedap..betul beb..aku tak tipu..

p.s: naik cuti ni..nk bawak balik kotak ais.... nnti senang nk simpan ikan...=)

1 comment:

  1. Roll The Ball' invitation! :)

    http://alumnikmns.blogspot.com/2012/03/bowling-tournament-roll-ball-2012.html

    ReplyDelete