Wednesday, July 9, 2014

Period Pain... Mengapa dan Bagaimana

Assalamualaikum..

Semalam, aku tak boleh tidur sebab period pain yang sangat kuat. Dia punya sakit tu, macam nak tercabut usus... macam-macam cara aku buat untuk hilangkan sakit tu. Sapu krim mustajab la, sapu bam la, tido la.. dan last2 aku tuam dengan botol yang diisi air panas. Dekat pukul 4 pagi juga la baru boleh tido. (sebenarnya dah tido pukul 1.00 pagi tu, tapi terjaga pada pukul 2.30 pagi sebab period pain yang tiba2 kuat).


Gambar Hiasan: Period Pain memang sakit. Hanya yang pernah rasa je yang tahu.


Sementara aku tengah menahan sakit semalam, sempat la juga google sikit2 pasal period pain ni. Setelah meng'google', akhirnya, tahu lah aku bahawa period pain ini atau nama scientific nya dysmenorrhoea  sebenarnya ada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Senggugut jenis primer ni biasanya datang sebelum atau ketika haid. Dan biasanya, senggugut primer ini berlaku di sebabkan oleh pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan dinding rahim yang tebal. 

Masa sekolah dulu, ada belajar (betulkan kalau aku salah), bila ovum di release, ovum akan berjalan perlahan2 hingga sampai ke rahim. apabila sampai di rahim,  ovum  akan menempel di di dinding rahim. Sekiranya ovum menempel itu telah disenyawakan,maka akan menghasilkan baby. kalau tidak disenyawakan,  maka tempelan itu akan semakin tebal, dan apabila cukup masa, ia akan 'runtuh' dan keluarlah haid. Untuk meruntuhkan dinding rahim yang tebal ini, perlu kehadiran sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. So, sekiranya hormon prostaglandin ini  dirembes dalam kadar yang tinggi, pengecutan/runtuhan dinding akan berlaku dengan lebih kuat, hingga menyebabkan senggugut. Sekiranya perembesan hormon prostaglandin ini tak berapa tinggi, maka pengecutan dinding rahim tak la kuat sangat, dan tidak lah sakit sangat/tak ada rasa sakit. Itulah sebabnya mengapa ada orang senggugut, dan ada orang tak rasa sakit pun ketika haid.


Cara mengatasi sengugut primer ni mudah je. Ada beberapa cara yang agak berkesan. contohnya dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti penadol kaler pink tu. Tapi cara ini tidak di galakkan kerana ianya mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan di masa hadapan.


Penadol Menstural antara pain killer yang boleh di ambil ketika period pain. Tapi, tak di galakkan sangat la.

Kalau aku kena period pain, biasanya aku akan sapu balm pala yang aku beli dekat langkawi 4 tahun lepas. Cara itu agak berkesan. Kalau tak ada balm, boleh je sapu minyak panas yang lain. krim mustajab pati halia pun boleh asalkan panas.

Selain tu, kalau aku dah tak tahan sangat, biasanya aku isi botol air dengan air panas, then balut dengan towel, kemudian tuamkan di tempat yang sakit tu. Cara ini memang sangat berkesan. 

Ok, itu saja coretan aku untuk hari ini. Semoga bermenfaat.

p.s: Ini baru period pain, dah tak tahan. Kalau sakit nak beranak nanti, tak tahu la macam mana. 




Saturday, May 10, 2014

Keponakan Hamba

Assalamualaikum...


Entri kali ni saya mahu share tentang dua orang anak saudara saya yang sungguh adorable.. bak kata orang terengganu..comey lotte gituh..


My first Niece namanya adalah Dhiya Zinnirah bt Mohd Zarief Hafiz. Jika tidak salah saya, mama kepada budak ni dah lama mengidam nama Zinnirah tu.. sejak2 sekolah menengah lagi agaknya. Nama glemer budak ni MekDi.. kenapa MekDi..?? Perkataan 'Mek' itu orang pantai timur selalu guna untuk menggelar anak perempuan (kadang2 orang terengganu suka guna perkataan 'whook'. kenapa..?? saya pun tak tahu). 'Di' pula di ambil sempena Dhiya..maka terjadilah short form MekDi. Mekdi ni masa baru keluar dari labor room..memang sangat kembang..bengkak dan merah pipinya. Hinggakan MokTok dia (a.k.a Mak saya) menggelarkan dia Humairah. pendek kata, waktu ni memang xcomel la..ni jujur ni. Lama kelamaan, bila kulit dia dah jadi putih, pipi dah xberapa nak bengkak..barulah terselah kecomelannya. Selain nama Mekdi, antara nama glemer lain yang diberikan kepada budak ini adalah MekRo (sebab suka makan roti) Kak Yaya dan Kak Ya.. 


Biodata Lengkap MekDi:

Nama: Dhiya Zinnirah binti Mohd Zarief Hafiz
Umur: 1 Tahun 2 Bulan 17 Hari
Nama Glemer: Mekdi, Kak Ya, Kak Yaya, MekRo (sometime saya suka panggil dia baby, biar dia rasa muda lagi)
Hobi: Makan...makan..makan...dan Tepik (menjerit)
Kelebihan: comel..macam anak patung
Keburukan: bekeng sungguh dan suka menggigit...
Kepakaran: mengomel..dan menyepahkan rumah..selain kepakaran dalam mengutip sampah dilantai untuk dimasukkan ke dalam mulut.


MekDi..merenung masa depan barangkali

 Lagi Gambar MekDi..tayang gigi lettew..


My second niece..namanya panjang sedikit.. Dhiya Zahirah Zahra bt Mohd Zarief Hafiz.. Umur dia baru 1 bulan. Dilahirkan pada 10 April 2014... budak ni pada pengamatan saya, lebih comel daripada kakak dia (okey..mekdi tetap paling comel dan fav saya..jangan risau..). So far, masih belum ada nama glemer..dan saya tak sempat nak berkenalaan dengan lebih jauh sebab jumpa dia tak sampai 3 hari pun. 

 Dhiya Zahirah Zahra..setelah beberapa jam keluar dari perut ibu..


Lagi gambar Dhiya Zahirah Zahra... comel juga



Itulah sahaja cerita mengenai keponakan hamba.. memandangkan dalam famili saya baru seorang saja yang sudah berumah tangga, maka jumlah keponakan saya memang sangat terhad.. tapi tak tahu la kalau next year bertambah lagi satu kan.. 

Friday, February 1, 2013

kerja...kerja... dan kerja...

helo-helo
dah lama rasanya xupdate blog... maklumla...kebelakangan ni mcm bz sikit... nk setelkan hal bilik lagi... nk kejar due date utk reaearch lagi... nk balik kampung lagi... mmg xdan...sebenarnya...aku adw byk mende nk share kat sini... tapi atas faktor kekangan maaa...maka aku hold la dulu citer2 tersebut... dahla... aku nk sambung analisis data... bye2 semua.....


Friday, January 11, 2013

Co Supervisor y osem..

Helo-Helo..

Alhamdulillah..hari ni masih mampu bernafas di bumi Allah..


Tadi baru je abis bersembang dengan Dr. Siti Aisyah... lepas bersembang dengan die.. baru rasa lapang sikit..dan baru ade semangat sikit utk buat thesis...banyak betul idea-idea yang dilontarkan oleh beliau..sampai aku rasa, waaaahhh..kagum... dan aku rasa macam bersemangat untuk menyiapkan thesis aku yang tergendala sejak kebelakangan ini....

Utk pengetahuan uolz..pada asalnya aku  wat research pasal Tonggak 12.. tapi, setelah aku jumpa dr.siti tadi..baru aku tahu T12 tu dah OUTDATED sebenarnya.. zaman sekarang orang guna PIN atau nama panjangnya Pelan Integriti Nasional...

Tiba2 rasa semangat gila nk buat thesis... dr.siti dah bagi green light utk guna bilik dia kat s44 tu..walaweh...seronok la wat thesis lepas ni.. maklumlah..semua kelengkapan dah ada..dan memandangkan Dr.Siti pun tengah dalam proses utk menyiapkan research pasa PIN..maka, boleh la aku meminjam buku2 dan jurnal2 y berkaitan.. Dr.Siti pun dah setuju utk membantu aku dalam mencari responden..katanya, dia boleh tolong deal kan dengan orang2 IIM untuk benarkan aku gunakan library kat sana..wallawehh..itu sudah cukup baguss...


Ok..ayuh kita sambung wat research...dah tak sabar ni.. I LOVE YOU my Thesis...


p.s: Dr.Siti minta aku jadi TA dia..hahaa..rezeki lagi... bye2 semua...

Wednesday, January 9, 2013

Annoying Sungguh..

Helo-Helo...

Alhamdulillah...selamat sudah present utk Research Methodology punya kelas..pas ni dah xdak kelas dah.... nasib baik semuanya berjalan dengan lancar... komen pun xbanyak sangat.cuma perlu justifikasi kenapa populasi y aku pilih kakitangan awam Johor... hmmm.. i think i need to consult my my sv again...


Sebut pasal supervisor..huh..bikin aku naik angin je pagi2 ni... ooppsss...bukan aku naik angin kat sv aku..tapi aku naik angin kat staf di pejabat dimana sv aku tinggal.. (errrkk...cam pelik je bunyi ayat ni)

Kisahnya begini..sebelum aku pegi bentang tadi... aku sempat la singgah jap kat cyberlab FPPSM...tujuan nya utk print out bab 1 y aku baru edit utk diberikan kepada sv aku la.... Ok..aku xde masalah pun kat situ memandangkan makcik y jaga lab tu memang baik...


Selepas aku g print..aku pun masuk lah pejabat post-graduate yang terletak di sebelah cyberlab... sebabnya, sv aku tu timbalan dekan postgrad..so, ofis die kat situ la kan..aku masuk je tengok agak ramai orang..masing2 macam bz je (ceh..buat2 bz je sebernarnya)..pastu aku pandang la sorang staf ni..dan die pandang aku..kemudian aku tanya..

"Dr.Ishak ada...??"

boleh plak die buat bodo je dan bercakap dengan staf y lagi satu..mmg betul2 sakit hati la kan..dah sah2 die tahu aku bercakap ngan die..boleh plak die buat bodoh... kalau ye pun..cakap la..tak da... ke ..kejap ke... ni langsung wat tak layan..aish..SAKIT HATI aku tahu..aku pun apa lagi..aku tarik muka masam then belah dari situ sambil mengomel..aku harap ade la orang terdengar aku cakap apa...

Tapi aku tak heran sangat..sebab staf tu mmg RAMAI student tak suka..boleh kata semua student postgraduate..tak kisah la international atau local..kompem tak suka dia..pada mulanya aku ingat perasaan aku sorang je..tapi bila tanya kawan2 y lain..mmg rata2 tak suka die... sebabnya die mmg xpenah layan student dengan baik.... aku rasa die tu mmg ada problem la... isk..hati aku masih sakit ni... ni y rasa macam nk mengadu kat sv aku ni...

Oh..by the way..nama staf tu adalah FAIZAH... so, pasni sapa2 nk berususan dengan dia...baik korang prepare mental dan emosi korang....

p.s: aku TAK AKAN sambung Ph.D kat UTM selagi mana FAIZAH keje kat situ.. TITIK...

Sunday, January 6, 2013

Reward Buat Diri Sendiri..

Helo-Helo...

Alhamdulillah..aku baru je setel buat correction bab 1... huh..jenuh nk buat correction... banyak tu..iye lah..bak kate supervisor aku... awal2 ni mmg banyak correction nk kena wat.. problem of statement aku xcukup mantap lagi..katanya... dan katanya juga, sepatutnya thesis aku ni mesti sama level dengan Ph.D sebab aku budak research.. aiyyak... kalu gitu, baik aku wat Ph.D terus..ye x..


Sebelum aku buat correction, aku ada cakap kat diri aku... 

'Ila..kalau kau berjaya siapkan correction hari ni.... kau boleh pegi makan kepsi'

Maka dengan penuh gigihnya aku menyiapkan correction...

Tepat jam 4.45 petang..aku berjaya siapkan correction... selepas menepuk bahu sendiri sambil cakap 
'bagus...bagus... gud job shila yunus'..maka aku pun bersiap2 la utk keluar ke Taman U.. tujuan asal nk beli Ink Jet...konon2 utk print bab 1 y dah dibetulkan utk ditunjukkan kepada supervisor esok...skali gus membeli kepsi sebagai reward utk diri sendiri... memandangkan cash aku xdak.. dan aku rasa duit dalam akaun aku berkepuk2 sebab baru je cairkan cek..maka aku bercadang utk ke mesin ATM yang terletak kat Kafe KDSE... aku cadang nk kuarkan duit lebih sikit..boleh la isi minyak dulu.... maklum la..minyak dalam tank dah hampir takat E....

Sesampai je aku kat kafe KDSE..aku pun bergegas turun utk keluarkan duit..sampai je kat mesin ATM.aku masukkan kad...tekan no pin... kemudian aku tergerak hati utk tengok balance akaun.. bila tengok je balance akaun aku...aku jadi macam.. ape ke jadahnya semua ini.... duit dalam akaun aku ada RM30.++ je...rupa2nya, cek y aku cairkan hari jumaat lepas masih dalam proses pencairan..maka aku keluarkan RM20 dan pegi beli nasi kerabu ayam je kat kedai MakLong..


Itu aja y aku mampu beri untuk diri sendiri... sekian...

Saturday, January 5, 2013

5 Watak utama Novel yang paling aku suka...

Helo-Helo....

Apa khabar korang sume..?? sihat... 

Untuk pengetahuan uolz semua la kan..aku sekarang ni sedang menunggu  novel terbaru RAM bertajuk 'Aku bercerita'.. dengar2 cerita, novel tu akan publish dalam masa terdekat ni..tapi aku x berharap sangat novel tu ada kat kedai buku dalam masa terdekat ni..maklumla..buku2 RAM ni biasanya macam hot cake atau bahasa melayunya di sebut goreng pisang panas..baru je letak terus habis.... so, aku bercadang utk pinjam dari adik aku je... die aritu dah buat pre-order kat RAM punya website.... esok2 lusa..sampai la tu kot...


Ok la..berbalik pada tajuk entri kali ni..aku just nk share 5 character dalam novel yang paling aku suka... tapi dalam entri kali ni aku lebih fokus pada character lelaki...next entri, mungkin aku akan tulis top 5 watak perempuan yang aku suka...


5. Lukman (Satu Janji)

Antara watak y aku suka adalah Lukman... die ni digambarkan sebagai seorang anak yang baik walaupun dia cuma anak angkat.. Mak bapak angkat die mmg kaya raya (satu2 nya novel RAM watak utama anak orang kaya)... yang paling sweetnya pasal lukman ni...die sanggup kerje kat kedai roti canai semata2 nk takel sorang awek ni.... mmg terbaik la...


4. Risyam a.k.a Ryu-Watanabe  (Hatiku di Harajuku)

Watak ni pun aku suka..sebab apa..?? sebab die pandai bermain pedang... walaweh.... macho giler kalau lelaki pandai main pedang.... Dalam novel ni, Ryu Watanabe ni kiranya seorang yang hilang arah pada mulanya...hingga dia rasa dirinya tidak dirahmati.... in the end..die kembali juga ke pangkal jalan..masa zaman2 jahiliah dulu..die ni kira orang kuat dalam geng yakuza Amike (kalau xsilap..) tapi bila die insaf..die keje kat kedai sushi je.. alahai... tapi watak ni tetap best la...


3. Amarudin a.k.a Ejim (Trilogi Tombiruo)

Haaa...y ni pun aku suka..walaupun dalam trilogi Tombiruo ni ada watak lain yang lebis best iaitu Amirudin...tapi aku lebih suka watak Ejim..walaupun Ejim ni digambarkan seorang yang mempunyai wajah yang sangat buruk... tapi aku tetap suka Ejim berbanding Amirudin (kembar Ejim)..sebabnya, Ejim lebih gagah dan pandai main pedang.. (alamak..apa pasal aku suka lelaki y pandai main pedang ni..)... lagi satu, Ejim ni die sangat baik dan y palin spesel..die pandai cakap ngan binatang..ada satu scene dalam Tombiruo terakhir, Ejim berlawan dengan Harimau..kalah beb harimau tu.... huh..hebat tak Ejim ni...


2. Mikhail (Mikhail)

Ha... ni pun antara top feveret aku.. Mikhail.... nama pun dah sedap kan..kenapa aku suka Mihkail..?? hmmm..mungkin sebab die ni seorang sharp shooter kot... walaupun die ni dah diasuh untuk jadi jahat dan ditugaskan untuk membunuh keluarga En.Halim.. tapi in the end of the story... die jatuh hati pada anak gadis en.Halim dan cuba untuk melindungi anak En.Halim dari dibunuh oleh pembunuh upahan lain..


1.Sharifudin a.k.a Laksamana Sunan
Yang ni mmg tip top la... aku sampai sekarang masih ada hati kat Laksamana Sunan walaupun die mmg xwujud pun sebenarnya.... Kenapa aku suka laksamana sunan..?? sebabnya Laksamana Sunan ni mmg handal bersilat, dan sangat baik akhlaknya (dalam novel ni, laksamana sunan digambarkan sebagai seorang yang sangat beramal dengan sunah Nabi..sebab tu dia digelar Sunan)..  Pandai bermain keris.. ada satu scene tu Laksamana Sunan bertarung dengan Hang Tuah... dan in the end of the story,,Hang Tuah kalah..hebat tak sunan... Antara ayat yang Laksamana Sunan sebut yang aku ingat sampai sekarang adalah "Sebagai manusia aku sayang padamu".. ayat ni lah y membuatkan Ratna a.k.a Ratu Sulaman jatuh hati pada Sunan... mak aih..kalau ade lelaki y cakap macam tu kat aku pun..boleh pengsan dibuatnya

itu sajalah coretan utk hari ni... iye..memang sume watak y aku suka datangnya dari Novel RAM..sebab apa..?? sebab aku xbaca novel lain selain RAM punya..

Ok...bye2...~~