Assalamualaikum...
Entri kali ni saya mahu share tentang dua orang anak saudara saya yang sungguh adorable.. bak kata orang terengganu..comey lotte gituh..
My first Niece namanya adalah Dhiya Zinnirah bt Mohd Zarief Hafiz. Jika tidak salah saya, mama kepada budak ni dah lama mengidam nama Zinnirah tu.. sejak2 sekolah menengah lagi agaknya. Nama glemer budak ni MekDi.. kenapa MekDi..?? Perkataan 'Mek' itu orang pantai timur selalu guna untuk menggelar anak perempuan (kadang2 orang terengganu suka guna perkataan 'whook'. kenapa..?? saya pun tak tahu). 'Di' pula di ambil sempena Dhiya..maka terjadilah short form MekDi. Mekdi ni masa baru keluar dari labor room..memang sangat kembang..bengkak dan merah pipinya. Hinggakan MokTok dia (a.k.a Mak saya) menggelarkan dia Humairah. pendek kata, waktu ni memang xcomel la..ni jujur ni. Lama kelamaan, bila kulit dia dah jadi putih, pipi dah xberapa nak bengkak..barulah terselah kecomelannya. Selain nama Mekdi, antara nama glemer lain yang diberikan kepada budak ini adalah MekRo (sebab suka makan roti) Kak Yaya dan Kak Ya..
Biodata Lengkap MekDi:
Nama: Dhiya Zinnirah binti Mohd Zarief Hafiz
Umur: 1 Tahun 2 Bulan 17 Hari
Nama Glemer: Mekdi, Kak Ya, Kak Yaya, MekRo (sometime saya suka panggil dia baby, biar dia rasa muda lagi)
Hobi: Makan...makan..makan...dan Tepik (menjerit)
Kelebihan: comel..macam anak patung
Keburukan: bekeng sungguh dan suka menggigit...
Kepakaran: mengomel..dan menyepahkan rumah..selain kepakaran dalam mengutip sampah dilantai untuk dimasukkan ke dalam mulut.
MekDi..merenung masa depan barangkali
Lagi Gambar MekDi..tayang gigi lettew..
My second niece..namanya panjang sedikit.. Dhiya Zahirah Zahra bt Mohd Zarief Hafiz.. Umur dia baru 1 bulan. Dilahirkan pada 10 April 2014... budak ni pada pengamatan saya, lebih comel daripada kakak dia (okey..mekdi tetap paling comel dan fav saya..jangan risau..). So far, masih belum ada nama glemer..dan saya tak sempat nak berkenalaan dengan lebih jauh sebab jumpa dia tak sampai 3 hari pun.
Dhiya Zahirah Zahra..setelah beberapa jam keluar dari perut ibu..
Lagi gambar Dhiya Zahirah Zahra... comel juga
Itulah sahaja cerita mengenai keponakan hamba.. memandangkan dalam famili saya baru seorang saja yang sudah berumah tangga, maka jumlah keponakan saya memang sangat terhad.. tapi tak tahu la kalau next year bertambah lagi satu kan..




No comments:
Post a Comment