Wednesday, July 9, 2014

Period Pain... Mengapa dan Bagaimana

Assalamualaikum..

Semalam, aku tak boleh tidur sebab period pain yang sangat kuat. Dia punya sakit tu, macam nak tercabut usus... macam-macam cara aku buat untuk hilangkan sakit tu. Sapu krim mustajab la, sapu bam la, tido la.. dan last2 aku tuam dengan botol yang diisi air panas. Dekat pukul 4 pagi juga la baru boleh tido. (sebenarnya dah tido pukul 1.00 pagi tu, tapi terjaga pada pukul 2.30 pagi sebab period pain yang tiba2 kuat).


Gambar Hiasan: Period Pain memang sakit. Hanya yang pernah rasa je yang tahu.


Sementara aku tengah menahan sakit semalam, sempat la juga google sikit2 pasal period pain ni. Setelah meng'google', akhirnya, tahu lah aku bahawa period pain ini atau nama scientific nya dysmenorrhoea  sebenarnya ada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Senggugut jenis primer ni biasanya datang sebelum atau ketika haid. Dan biasanya, senggugut primer ini berlaku di sebabkan oleh pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan dinding rahim yang tebal. 

Masa sekolah dulu, ada belajar (betulkan kalau aku salah), bila ovum di release, ovum akan berjalan perlahan2 hingga sampai ke rahim. apabila sampai di rahim,  ovum  akan menempel di di dinding rahim. Sekiranya ovum menempel itu telah disenyawakan,maka akan menghasilkan baby. kalau tidak disenyawakan,  maka tempelan itu akan semakin tebal, dan apabila cukup masa, ia akan 'runtuh' dan keluarlah haid. Untuk meruntuhkan dinding rahim yang tebal ini, perlu kehadiran sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. So, sekiranya hormon prostaglandin ini  dirembes dalam kadar yang tinggi, pengecutan/runtuhan dinding akan berlaku dengan lebih kuat, hingga menyebabkan senggugut. Sekiranya perembesan hormon prostaglandin ini tak berapa tinggi, maka pengecutan dinding rahim tak la kuat sangat, dan tidak lah sakit sangat/tak ada rasa sakit. Itulah sebabnya mengapa ada orang senggugut, dan ada orang tak rasa sakit pun ketika haid.


Cara mengatasi sengugut primer ni mudah je. Ada beberapa cara yang agak berkesan. contohnya dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti penadol kaler pink tu. Tapi cara ini tidak di galakkan kerana ianya mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan di masa hadapan.


Penadol Menstural antara pain killer yang boleh di ambil ketika period pain. Tapi, tak di galakkan sangat la.

Kalau aku kena period pain, biasanya aku akan sapu balm pala yang aku beli dekat langkawi 4 tahun lepas. Cara itu agak berkesan. Kalau tak ada balm, boleh je sapu minyak panas yang lain. krim mustajab pati halia pun boleh asalkan panas.

Selain tu, kalau aku dah tak tahan sangat, biasanya aku isi botol air dengan air panas, then balut dengan towel, kemudian tuamkan di tempat yang sakit tu. Cara ini memang sangat berkesan. 

Ok, itu saja coretan aku untuk hari ini. Semoga bermenfaat.

p.s: Ini baru period pain, dah tak tahan. Kalau sakit nak beranak nanti, tak tahu la macam mana. 




No comments:

Post a Comment