Saturday, January 5, 2013

5 Watak utama Novel yang paling aku suka...

Helo-Helo....

Apa khabar korang sume..?? sihat... 

Untuk pengetahuan uolz semua la kan..aku sekarang ni sedang menunggu  novel terbaru RAM bertajuk 'Aku bercerita'.. dengar2 cerita, novel tu akan publish dalam masa terdekat ni..tapi aku x berharap sangat novel tu ada kat kedai buku dalam masa terdekat ni..maklumla..buku2 RAM ni biasanya macam hot cake atau bahasa melayunya di sebut goreng pisang panas..baru je letak terus habis.... so, aku bercadang utk pinjam dari adik aku je... die aritu dah buat pre-order kat RAM punya website.... esok2 lusa..sampai la tu kot...


Ok la..berbalik pada tajuk entri kali ni..aku just nk share 5 character dalam novel yang paling aku suka... tapi dalam entri kali ni aku lebih fokus pada character lelaki...next entri, mungkin aku akan tulis top 5 watak perempuan yang aku suka...


5. Lukman (Satu Janji)

Antara watak y aku suka adalah Lukman... die ni digambarkan sebagai seorang anak yang baik walaupun dia cuma anak angkat.. Mak bapak angkat die mmg kaya raya (satu2 nya novel RAM watak utama anak orang kaya)... yang paling sweetnya pasal lukman ni...die sanggup kerje kat kedai roti canai semata2 nk takel sorang awek ni.... mmg terbaik la...


4. Risyam a.k.a Ryu-Watanabe  (Hatiku di Harajuku)

Watak ni pun aku suka..sebab apa..?? sebab die pandai bermain pedang... walaweh.... macho giler kalau lelaki pandai main pedang.... Dalam novel ni, Ryu Watanabe ni kiranya seorang yang hilang arah pada mulanya...hingga dia rasa dirinya tidak dirahmati.... in the end..die kembali juga ke pangkal jalan..masa zaman2 jahiliah dulu..die ni kira orang kuat dalam geng yakuza Amike (kalau xsilap..) tapi bila die insaf..die keje kat kedai sushi je.. alahai... tapi watak ni tetap best la...


3. Amarudin a.k.a Ejim (Trilogi Tombiruo)

Haaa...y ni pun aku suka..walaupun dalam trilogi Tombiruo ni ada watak lain yang lebis best iaitu Amirudin...tapi aku lebih suka watak Ejim..walaupun Ejim ni digambarkan seorang yang mempunyai wajah yang sangat buruk... tapi aku tetap suka Ejim berbanding Amirudin (kembar Ejim)..sebabnya, Ejim lebih gagah dan pandai main pedang.. (alamak..apa pasal aku suka lelaki y pandai main pedang ni..)... lagi satu, Ejim ni die sangat baik dan y palin spesel..die pandai cakap ngan binatang..ada satu scene dalam Tombiruo terakhir, Ejim berlawan dengan Harimau..kalah beb harimau tu.... huh..hebat tak Ejim ni...


2. Mikhail (Mikhail)

Ha... ni pun antara top feveret aku.. Mikhail.... nama pun dah sedap kan..kenapa aku suka Mihkail..?? hmmm..mungkin sebab die ni seorang sharp shooter kot... walaupun die ni dah diasuh untuk jadi jahat dan ditugaskan untuk membunuh keluarga En.Halim.. tapi in the end of the story... die jatuh hati pada anak gadis en.Halim dan cuba untuk melindungi anak En.Halim dari dibunuh oleh pembunuh upahan lain..


1.Sharifudin a.k.a Laksamana Sunan
Yang ni mmg tip top la... aku sampai sekarang masih ada hati kat Laksamana Sunan walaupun die mmg xwujud pun sebenarnya.... Kenapa aku suka laksamana sunan..?? sebabnya Laksamana Sunan ni mmg handal bersilat, dan sangat baik akhlaknya (dalam novel ni, laksamana sunan digambarkan sebagai seorang yang sangat beramal dengan sunah Nabi..sebab tu dia digelar Sunan)..  Pandai bermain keris.. ada satu scene tu Laksamana Sunan bertarung dengan Hang Tuah... dan in the end of the story,,Hang Tuah kalah..hebat tak sunan... Antara ayat yang Laksamana Sunan sebut yang aku ingat sampai sekarang adalah "Sebagai manusia aku sayang padamu".. ayat ni lah y membuatkan Ratna a.k.a Ratu Sulaman jatuh hati pada Sunan... mak aih..kalau ade lelaki y cakap macam tu kat aku pun..boleh pengsan dibuatnya

itu sajalah coretan utk hari ni... iye..memang sume watak y aku suka datangnya dari Novel RAM..sebab apa..?? sebab aku xbaca novel lain selain RAM punya..

Ok...bye2...~~

No comments:

Post a Comment