Helo-Helo....

Isk..dah lama rasanya tak bukak blog ni..almaklum la.. semenjak dua menjak ni..aku memang agak bz sikit. maklumlah..mana nk siapkan PSM lagi..nk setelkan esaimen lagi..(ok... tipu...)
tapi dalam ke'sibuk'kan aku..sempat jugak la aku menonton cerita salah satu cerita korea kat Laman web Maaduu... Cerita tu aku dah tengok dah dulu.. walaupun dah tengok, tapi aku still nk tengok lagi.... (huh..memang aku pandai carik tempat untuk buang masa...)
Cerita yang aku tengok tu tajuknya adalah 'Spring Waltz'..cerita ni takde la femes mana...so aku rasa musti ramai yang tak tahu kewujudan cerita ni kan... dulu cerita ade main kat TV2 setiap hari isnin hingga jumaat... pukul 6.00 petang kalau tak silap... time citer tu ditayangkan.. aku masih berada di KMNS... so, korang paham2 la kan..kalau dok kat asrama ni...memang kompem xde TV..kalau ade pun kat bilik TV.. tu pun nkn kena berebut dengan bdk2 lain..(nasib baik ramai gak bdk2 KMNS yang nengok citer ni..). TV plak kelabu2 asap je...
pernah satu ketika..nk dijadikan cerita... aku ada kelas kokurikulum pada hari rabu..pukul 6 petang.. time tu aku rasa cam nk ponteng kelas je.. semata2 taknak miss cerita Spring waltz la kan... tapi.. nak dijadikan cerita lagi..cikgu Kokurikulum aku tu dengan baik hatinya telah menukarkan waktu kelas...iaitu dari pukul 6 petang..diawalkan ke 5 petang..(ejh..cam tahu2 je..) so, setiap hari rabu, habis je kelas kokurikulum..dengan selaju-lajunya aku berjalan ke balik ke blok (kalau boleh nk berlari je) dan terus menuju ke bilik TV tanpa sempat meletakkan beg kedalam bilik.. dan biasanya..bila aku sampai je kat Bilik TV tu...memang sume org dah bukak TV2... huh..bdk2 ni.kalau bab cerita korea...memang sume bersatu hati....
Kenapa aku suka tengok cerita ni..??
hmmm...ntah la..nk kata jalan cerita die best...biasa je..cuma jalan cerita dia agak lain la dari cerita korea yang lain.... watak utama dalam cerita ni pun boleh la tahan... kira boleh masuk dalam kategori cantik dan hensem la.... selain tu, aku suka cerita ni mungkin sebab ianya bergenre melodrama atau dalam erti kata nama lain, soundtract yang digunakan dalam cerita ni memang best....
Antara pelakon yang terlibat dalam drama ni adalah:

Daniel Henney as Philip
Walaupun ade y cakap citer ni xbest.. tapi aku pedulik hape.. janji aku enjoy time tengok citer ni..
p/s: dalam episod akhir..ada satu scene dimana Yoon jae Ha memakai suit tuxedo putih time n main piano time konsert. then aku realize that he is soo handsome.... wink..wink...





No comments:
Post a Comment