Semalam, aku n kengkawan kuar g shopping... maklumla duit PTPTN kan baru masuk. Jadi, kami bersepakat untuk membelanjakan sedikit dari duit loan itu untuk membeli barangan keperluan harian. Hajat di hati mahu pegi ke Tesco Bukit Indah.... namun, oleh sebab 'GPRS' tersalah jalan..makanya kami termelencong ke Tesco Tebrau.Pas abis shoping sakan kat Tesco, aku n kengkawan pun pegi la Jusco Tebrau yang terletak di depan Tesco Terbrau. Hajatnya untuk mencari makanan untuk dinner la kan... setelah ditambah tolak darab dan bahagi, makanya kami memutuskan untuk makan kat KFC je..maklumla.. setakat ini, KFC je restoran yang menawarkan harga makanan yang paling rendah (compare dengan restoran lain yang ada kat situ la...)..
Setelah memnuhkan perut dengan X-Meal, maka aku nk kengkawan pun keluar dari KFC dengan senang hati... Sedang berjalan-jalan, aku terlihat satu kedai yang cukup best untuk mencari pencuci mulut (maklumla, kat KFC xde pencuci mulut). Nama kedai itu adalah Country's Tid-Bits & Candies Cottage.

mula-mula, aku just masuk je...saje je nk cuci2 mata.. Sebaik sahaja aku masuk, aku terlihat banyak sangat candies yang beraneka macam. Selain candies, kedai ni jugak ade jual asam2, biskut2, kerepek2... dan juga herba2 ( y ni je y xbest).....
Pelbagai Jenis Candy yang dijual..... y ijau tu sedap...rasanya masam2 sikit
Candy ni nampak lawa dan sedap kan...
Testing time.....
setelah selesai 'Merasa' candies dan asam, maka aku berhajat mahu keluar je dari kedai tu...tapi apa pula kata pekerja kat kedai itu kan.. jadi, untuk mengelakkan rasa bersalah kerana 'merasa' candies n asam dengan kuantiti yang agak banyak, maka aku pun memilih untuk membeli satu jenis candy dan satu jenis asam......
hanya ini yang mampu dibeli.....~~~
setelah keluar dari kedai itu.. tetiba je aku rasa sakit perut... itulah balasan bagi orang yang tamak.... sekian..~~~~
p.s: next time nk pegi lagi la...~~~~




No comments:
Post a Comment