Setiap hari isnin..jam sepuluh pagi.. sudah menjadi lumrah untuk aku ke kelas Falsafah Sains dan Teknologi atau dalam bahasa omputihnya 'Philosophy of Science and Teknologi'. Subjek ni diajar oleh seorang lecturer y dikenali sebagai Ustaz Nasir Masroom. Actually..sebelum aku masuk kelas ni...aku pon tak tahu apa itu falsafah... what is Philosophy...??? aku cuma selalu dengar org cakap..
"Falsafah hidup saya blablablabla......"
then..setelah mendengar lecture dari ustaz Nasir.... barulah aku tahu.. Falsafah itu sebenarnya persepsi kita terhadap sesuatu atau bagaimana cara kita berfikir mengenai sesuatu... Falsafah setiap org pasti berbeza2 kerana kebanyakan daripada kita mempunyai persepsi yang berbeza. Sebagai contoh.. ada org melihat miskin itu sebagai Hina... tapi ada juga org berpendapat miskin itu satu bentuk ujian dan kesabaran. Ada orang fikir kaya itu mulia... tapi ada juga org y melihat kaya itu satu ujian dari Allah... see... kepelbagaian dalam pendapat dan persepsi ni la yang akan menjadikan falsafah setiap orang itu berbeza....
selain tu.. falsafah juga apabila kita mencari jawapan untuk setiap persoalan. Contoh...kenapa Atromen ada kat Jepun...?? Kenapa Gunung berapi Krakatoa meletup...?? Kenapa kita masuk kelas..??
Gambar Hiasan
Ada sesetengah ahli Falsafah pula mendefinisikan 'Falsafah' sebagai mencari makna sesuatu. Plato pula berpendapat Falsafah adalah pengetahuan tentang sesuatu yang ada. Definisi 'Falsafah' ini mungkin berbeza2 disebabkan oleh setiap ahli falsafah mempunyai ppersepsi yang berbeza mengenai makna 'Falsafah' itu sendiri...
Menurut pemerhatian aku... antara orang yang paling berfalsafah dalam Malaysia ni ialah Faisal Tehrani..mana tak nya..kalau korang baca novel-novel atau karya-karya Faisal Tehrani...korang akan perasan y karya2 Faisal Tehrani ni penuh dengan Falsafah.
ok..nampak gayanya setakat itu saja untuk kali ni... kita jumpa lagi lain kali ok..


No comments:
Post a Comment