Monday, September 19, 2011

Apabila Restless Caldera dibawah Toba meletus....

Helo-Helo......

Ok..kali ni aku nak kongsi tentang sesuatu yang sangat serius.... ini betul2 serius dan bukan main2... ini tentang satu kebenaran yang aku rasa memang ramai sangat yang tak sedar dan tak tahu....

Pernah tak korang dengar perkataan 'Restless Caldera'...?? aku yakin mesti kebanyakan dari korang xpenah dengar. Sebelum ni,aku pun xpenah dengar. Aku jumpa perkataan ni dalam buku 'Bila Tuhan Berbicara'. Ok.. biar aku explain. Restless Caldera adalah sebuah gunung berapi yang tidak kelihatan dengan mata kasar. Kalau tak silap aku, Restless Caldera ada dua. Satu kat Yellow Stone Park yang terletak di Taman Negara Benua Amarika... satu lagi terletak di Toba. Korang tahu Toba tu kat mane...?? Toba tu terletak kat Indonesia..which mean..sangat dekat dengan Malaysia.


Gambar Hiasan


Sekiranya Toba meletus....bukan stakat Rakyat Indon je y terancam...kita semua y dok kat Malaysia ni kemungkinan akan tejejas sekali... dan sekiranta Toba itu meletus...maka tidak mustahil Singapura akan hilang dari peta dunia. Ini fakta y ramai orang tak tahu.

Dalam buku 'Bila Tuhan Berbicara', Faisal Tehrani ada sebut. Sekiranya Toba meletus, Zon 1(Dalam lingkungan 100km) pasti akan terhapus disebabkan oleh Pyroclastic Flow a.k.a lautan api yang panas dan wap udara yang panas. Wap udara panasnya mencecah 500-800 darjah celsius ni boleh bergerak selaju 700km/jam. Dalam erti kata nama lain... penghuni2 di Zon 1 memang xde can nk idop la...

Bagi penduduk di Zon2 dan Zon3..akan dilanda Hujan Debu dan Pumis. Pumis ni adalah batu berapi yang keluar time gunung berapi meletus. sekiranya Pumis dan Hujan Debu bercampur dengan air..maka ia akan menghasilkan lumpur.Jika kita terkena lumpur ni..kita akan jadi keras.. seperti mana yang menimpa kaum Pompei... ingat lagi tak apa jadi pada kaum pompei yang melampaui batas tu... dan lebih membimbangkan... Pulau Pinang termasuk dalam Zon3....

Gambar Hiasan


Penduduk di Zone 4 akan dilitupi 15cm Debu dan Pumis..... Zone 5 ditutupi 5cm Pumis dan debu..manakala zone 6 akan dilitupi 1cm debu dan pumis. dan untuk pengetahuan korang juga.... Pumis dan debu gunung berapi ni sangat bahaya. sekiranya kita terhidu debu gunung berapi..kita akan mati..sekiranya debu gunung berapi masuk kedalam mata..mata akan buta....

dan untuk pengetahuan korang juga.... gunung berapi ini akan meletus setiap 50,000 tahun... dan kali terakhir ia meletus adalah pada 74,000 tahun yang lalu..which mean letusan itu telah tertunda selama 24,000 tahun.....

sekiranya letusan itu berlaku...kita memang tidak mampu untuk berbuat apa2 selain berdoa dan memohon kepada Allah supaya kita terselamat dari bencana tu.... Doa2 la supaya kita semua tidak perlu melalui detik2 y mencemaskan tu....


p/s: sumber maklumat diambil dari 'Bila Tuhan Berbicara'...

No comments:

Post a Comment