Monday, May 28, 2012

Sekuel Bagaikan Puteri: Pencetus fenomena Sunan


Helo-Helo...

Semalamaku baru je habis baca buku Sunan Musafir... Sebagai salah seorang peminat hardcore RAM... aku memang sudah lama menunggu pelancaran buku ni..maklumla..untukpengetahuan korang, karya RAM ni memang sangat laku.. macam goreng pisangpanas... oleh sebab aku tahu aku mungkin tidak mampu untuk berebut buku ni katmana-mana kedai..maka dengan penuh bijaknya...aku tela membuat tempahan awaldengan RAM dan membelinya secara online..kiranya, aku adalah antara golonganterawal la y dapat baca buku ni. Bagi mana-mana individu yang masih belum tahu,Sunan Musafir merupakan episod selamat tinggal bagi sekuel Bagaikan Puteri.Kali ni RAM betul2 menoktahkan pengembaraan Laksamana Sunan. Bagi sapa2 ybeminat untuk baca buku  Sunan Musafir ni..disarankan agar korang bacadulu 5 novel yang terdahulu.. kalau tak..korang memang takkan paham jalancerita die.... kat bawah ni aku ade senaraikan susunan Sekuel Bagaikan Puteri:

EPISOD1: BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuankedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malahsukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dankebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkanHaryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma dihospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara duanyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujungkurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zamanyang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.



EPISOD 2: CINTA SANG RATU

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terusmemerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkanLaksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilahanak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasarapabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawanteringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayangkepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur,Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanyaitu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amattipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Danisahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, sayatetap mencintai dan menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencarilelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu denganorang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegangkata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu... Mengulang kisah perkelahiandi langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta.



EPISOD 3: HIJAB SANG PECIPTA

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hatiSaifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun,kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang takberkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai kepengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwiniHaryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. 


Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satulagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkauimasa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringisetiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjanamengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi BagaikanPuteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagendaminda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagimenggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epikthriller ini...



EPISOD4: CINTA SUFI

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugisyang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaanberjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja.Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilahdi Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untukmengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugissedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemuiSaifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikanhamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangantermasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan PuteriKober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab SangPencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itudibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalamiproses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Lunapula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yangberjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaanmenyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawaterkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapaMaryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertandukdua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalampeperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkitmenjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin?Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu?



EPISOD5 : SUTERA BIDADARI


Saifudin –Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan danrawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburuTaghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetapberazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman – Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapaihilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya…Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga kehujung nyawa.

Makhluk Sumpahan – Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utarasebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudinmenerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alamtidak berdinding.

Saifullah – Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yangberlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya keranaSaifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkanaksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi keranakarya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalahke noktah terakhir.



EPISOD AKHIR: SUNAN MUSAFIR

Allah menciptakancinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itusebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggucinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaranserta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukansatu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabilamendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewiitu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusiamemutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya denganmenghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapunkejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudinmenewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHIDdalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang danwaktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dankesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAHitu mencukupi segala-galanya.


overall.. novel y paling aku suka adalah Cinta Sang Ratu,...sebab dalam novel ni banyak unsur thriller dan epik... yang kurang best mungkin Cinta Sufi kot.. 
Antara sebab kenapa aku suka sangat sekuel Bagaikan Puteri ini adalah sebab watak Laksamana Sunan selain ade beberapa watak lain seperti Ratu Sulaman, Bangsa Pholip, Thagut dan lain-lain.... Bagi aku pasangan Lakasamana Sunan dan Ratu Sulaman sangat sesuai dan Haryani tu tak layak pun untuk sunan... kemunculan watak Luna dan Catalina sebenarnya mebuatkan pembaca tahu bahawa cinta sunan sebenarnya hanya untuk Sang Ratu.. dalam episod selamat tinggal... banyak elemen2 cinta antara Sunan dan Ratu diterapkan.. sampai aku rasa cam...eh..pandai pulak sunan ni bercintan cintun...

anyway..syabas kepada Ramlee Awang Mursyid kerana berjaya mencipta fenomena baru dalam dunia penulisan... y penting..setakat ni hanya RAM satu2nya penulis kat Malaysia ni y mampu menghasilkan sekuel novel epik sehebat ni....

p.s: tak sabar menunggu novel seterusnya dari RAM...



No comments:

Post a Comment