Saturday, August 6, 2011

Book review_ 1511 [KOMBAT]

Helo-Helo....




Aku baru saje selesai membaca novel karya Faisal Tehrani y berjudul '1511H [KOMBAT]'.. Overall.. buku ni mmg sangat menarik kerana ia mengandungi unsur percintaan yang sangat agung... kisah cinta dalam novel ini bukan lah kisah cinta murahan antara lelaki dan perempuan (y kebiasaannya terkandung dalam novel2 lain..)..sebaliknya ia mengisahkan tentang cinta agung sekelompok mukmin terhadap agama mereka.. kelompok mukmin y diketuai oleh Jeneral Nusyaibah ini berusaha untuk membebaskan diri mereka dari dibelenggu oleh kuasa Amerika dan Yahudi.. diakhir novel ini.. tentera2 pemuda islam berjaya menawan beberapa kota besar termasuklah Washington dan Moscow...bukan itu saja, mereka malah sudah bersedia untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Yahudi...

Faisal Tehrani bijak bermain dengan imaginasi pembaca... dia mampu 'mencipta' beberapa senjata moden y tidak pernah kita fikirkan selama ini... antara senjata moden y 'dicipta' oleh Faisal Tehrani termasuklah Cyborg, Cypher, bio-bots, mikraj, ababil, sacros dan berbagai lagi...

bagi mereka y sudah bosan membaca novel2 cinta y rata2 mempunyai jalan cerita y sama... apa kata kalau korang cuba tukar angin dengan membaca novel2 y sebegini.. ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang korang..sebaliknya ia juga secara tidak langsung dapat menaikkan semangat Jihad y ada dalam diri...

No comments:

Post a Comment