Saturday, April 21, 2012

Review Buku: Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel



Helo-Helo...

Dalam entri kali ni, aku nk share tentang satu buku yang aku baca... tajuknya adalah Muhammad Al-Fatih, Penakluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib. 


Buku ini menceritakan tentang rentetan-rentetan peristiwa penaklukan kota Konstantinopel (sekarang lebih dikenani sebagai Istanbul) oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Untuk pengetuan korang, Sultan Muhammad Al-Fatih merupakan putera kepada Sultan Murad yang memerintah Turki Uthmaniah pada 1421-1451. Selepas kemangkatan Sultan Murad, Sultan Muhammad Al-Fatih mengambil tampuk pemerintahan ketika beliau berusia 19 tahun. Beliau merupakan Sultan yang paling muda. Walaupun usianya baru 19 tahun, tetapi beliau merupaka seorang pemimpin yang Bijak serta berpandangan jauh. 

Beliau berjaya menawan Kota Konstantinopel ketika berusia 21 tahun. Sebelum ini, banyak pemimpin2 islam cuba menawan kota ini. Ini kerana, Nabi Muhammad saw pernah bersabda:








Berdasarkan Hadis ini, Rasullullah menyatakan kotan Konstantinopel hanya akan berjaya ditakluki oleh seorang pemimpin yang baik, mempunyai tentera2 yang baik serta mempunyai rakyat2 yang baik. Untuk pengetahuan korang, ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih, belian sangat mementingkan akhlak yang  terpuji. Beliau akan memilih tentera yang baik akhlaknya serta dalam kalangan pemuda yang selalu bangun solat tengah malam. Selain itu, Baginda juga sering menyeru rakyatnya untuk berkelakuan baik. Maka tidak hairan la sekiranya Baginda Sultan Muhammad Al-Fatih memenuhu kriteria2 yang telah diceritakan oleh Rasullullah saw.


Setelah aku baca buku ni, apa y dapat disimpulkan adalah, Sultan Muhammad Al-Fatih sangat2 mencontohi Rasulullah saw. Antara petua kejayaan penaklukan kota Konstantinopel adalah, Baginda Sultan Muhammad Al-Fatih sentiasa mencontohi cara nabi Muhammad saw berperang. Selain itu, Sultan Muhammad Al-Fatih juga suka mendengar pedapat2 orang lain sebelum membuat keputusan. Sifat Sultan Muhammad Al-Fatih yang mencontohi Nabi Muhammad saw menyebabkan ramai musuh2 islam memeluk islam. Antaranta termasuklah 70 askar elite yang ditugaskan oleh Maharaja Konstatine untuk merosakkan meriam milik tentera Turki.

Akhirnya, Sultan Muhammad Al-Fatih mangkat ketika berusia 49 tahun akibat diracun. Sebelum baginda mangkat, baginda sempat berpesan kepada puteranya. Antara pesan baginda termasuklah:

1. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan yang lain.
2. Jangan lengah dalam urusan menegakan agama.
3. Jangan dilantik orang2 tidak beragama menjadi pembantu (dalam pentadbiran).
4. Jangan dilantik orang2 yang selalu melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting.
5. Hindari Bida'ah dan Khurafat.
6. Jagalah harta Baitulmal dan jangan bazirkanya.
7. Hormati Ulamak
8. Jangan melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum islam.
9. Jangan boros membelanjakan harta negara dengan berfoya-foya atau bersenang-senang ataupun kamu guna lebih dari yang sepatutnya kerana ianya membawa kepada kehancuran kerajaanmu.

rasanya setakat tu je y aku nk share..kalau nk tahu, boleh la baca sendiri....


p.s:Wasiat Sultan Muhammad Al-Fatih tu sungguh bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh pemimpin dizaman sekarang ni kan....~~

No comments:

Post a Comment