Helo-helo… terasa seperti sangat lama xupdate blog.. ntah ape jadik ntah pada blog aku y kosong tuh.
Ok..kali ni aku nk update sikit pasal satu buku yang baru aku bace. Actually, buku ni dah lama keluar, Cuma aku baru ade kesempatan untuk baca . Judul bukunya adalah ‘Rahsia Perindu’ hasil tulisan penulis kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan Novelist thriller no 1 di Malaysia, Saudara Ramlee Awang Mursyid. Nak tahu cam mane ceritanya, baca sinopsis ni dulu:

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.
Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.
RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!
Overall, cerita ni memang sangat best. Kenapa..?? kerana cerita ni penuh dengan unsur2 saspen. Mane tak nye, cerita ini mengenai seorang wanita yang mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Schizophrenia. Utk pengetahuan korang semua, schizophrenia ialah sejenis gangguan jiwa yang menyebabkan seseorang itu mengalami delusi dan halusinasi. Delusi bermaksud mempunyai kepercayaan kuat mengenai sesuati perkara. Contohnya, seseorang itu boleh dikatakan sedang menghidapi schizophrenia sekiranya die percaya bahawa dirinya adalah wali tuhan. Halusinasi pula adalah merasai,mendengar, melihat atau menghidu sesuatu yang tidak dialami oleh org lain. Contoh dia Nampak org sedang berjalan atas bumbung, tapi sebenarnya, tak ada ape2 pon.
Ok…berbalik pada cerita Rahsia perindu. Antara sebab mengapa aku rasa cerita ni best ialah, watak leopard yang sangat misteri selain watak Maria yang kadang-kala menimbulkan tanda tanya. Memang sangat mengujakan apabila secara perlahan-laha RAM mendedahkan siapakah Leopard yang sebenar. Apabila watak Leopard didedahkan… korang sume akan rasa sangat terkejut dan tak menyangka bahawa org itu adalah leopard.
Antara kekuatan yang Terdapat pada cerita ini ialah, bagaimana RAM Berjaya memanipulasi pembaca dengan pelbagai khayalan yang ada dalam cerita ini. Dalam cerita ni memang ada banyak unsur khayalan dan fantasi sehinggakan pembaca sukar nk membezakan antara fantasi dan realiti. Setelah bace cerita ni, korang akan berfikir, adakah kehidupan yang korang sedang lalui sekarang ini adalah reality atau hanya sekadar fantasi.
Bagi sesiapa yang belum baca cerita ni, aku rasa tak rugi pun korang baca. So, cepat2 la pegi carik ye…
p/s: Berhati-hati dengan realiti….kerana bimbang ianya hanya sekadar fantasi….
No comments:
Post a Comment