Helo-Helo…..
Hari ni aku nk post entry yang santai-santai aje… kalau aku post yang panjang-panjang pon..korang bukan berminat nk bace pon kan.. hikhik…
Ok. Kali ni aku just nk share tentang satu entri bertajuk ‘Jejaka Tampan dari Timur’. Tapi, entri ni aku buat based on my opinion je la..maklom la.. citarasa setiap org kan berbeza-beza… ok la.. jom kite same2 tengok….

1. Shun Oguri
Die penah belakon dalam banyak cerita.. antaranya termasuklah Great Teacher Onizuka (GTO), Tokyo Dogs, Hana Yori Dongo , Gokusen dan banyak lagi la.. tapi aku setat kenal jejaka tampan bernama Shun Oguri ni dalam cerita Hanazakari no kimitachie (Hanakimi). Dalam cerita ni die pegang watak Sano Izumi. Selain tu, die ni la y pegang watak Shinichi Kudo dalam Movie Detective Conan Live Action. Selain berlakon, Shun Oguri ni juga merupakan seorang pengarah yang berbakat..Tapi serius…mata Shun Oguri ni memang cantik..

2. Hayami Mokomichi
Hayami Mokomichi ni merupakan antara jejaka jepon yang kacak. Utk pengetahuan u all semua la kan, Mokomichi atau nama manjanya Moko ni merupakan kacukan Filipina+Jepun (no wonder la die hensem).. antara drama yang penah die berlakon termasuklah Rondo, Gukusen dan Zettai kareshi. Disamping dunia lakonan, Moko turut aktif dalam dunia peragaan.
3. Toma Ikuta
Toma ikuta ni merupakan antara pendokong utama cerita hanakimi. Tapi die bukan watak utama la… die memang kacak. Suke tengok die dalam cerita Hanakimi… kalau die meke-up and dressing like girls… memang cun habis.. serius beb..aku xtipu…
4. Naohito Fujiki
Ni antara actor jepun y aku suka.. tak dinafikan..die memang kacak. Aku suke tengok mata die..memang cantik kot… hmm… kalau xsilap aku..die ni pada asalnya seorang penyanyi. Die penah berlakon dalam beberapa drama seperti Proposal Daikusen, Slow Dance dan Itoshi Kimie. Yang menariknya tentang Naohito Fujiki ni..die ade kembar… huhu…~~
5. Hiro Mizushima
Die ni pon kacak jugak..walaupon keding semacam je… die selalu muncul dalam drama2 jepon..tapi sebagai watak sampingan aje la.. first time aku tengok die dalam cerita Mr.Brain. Selain tu, die turut berlakon dalam beberapa drama lain seperti hanakimi, Tokyo dogs, dan Zettai Kareshi.
Actually, banyak lagi actor jepun yang kacak-kacak n kiut miut… yang aku senaraikan ni cuma top 5 aje (disusun mengikut pandangan dan citarasa aku…) kalau nk tulis semua, mahu x berpage2 kan… huhu..sampai disini saja entri untuk kali ni…esok2 aku sambung dengan tajuk lain pula…. Mungkin tajuk seterusnya berbunyi ‘Gadis2 jepun yang Cun melecun’…. See u soon….
p/s: dalam bayak2 pelakon jepun..aku paaaling suke shun oguri…sebab die hensem… =p
No comments:
Post a Comment