Sunday, September 18, 2011

Book Review: 'Hatiku di Harajuku'....Kisah cinta seorang Yakuza

Helo-Helo...

sejak bukak semesta baru ni... aku tetiba jadi rajin utk ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) utk meminkam beberapa buah buku... dan baru2 ni aku telah berjaya menjejakkan kaki ke PSZ... dan seperti biasa..antara bahagian PSZ y paling aku suka ialah bahagian Novel. waktu tengah belek buku2 y ada kat sana.. aku terjumpalah sebuah buku karya RAM.... dan sudah menjadi tabiat aku.. bila jumpa je buku RAM..aku akan terus ambik n pinjam.. walaupun buku tu aku dah baca..( amacam... fanatik tak aku..??hihihi..) buku y aku ambik tu tajuknya 'Hatiku di Harajuku'...

ok.. bagi sape2 y dah penah baca..maybe korang tahu kot pasal novel ni.. bagi y masih belum baca..meh aku cerita sikit sinosis 'Hatiku di Harajuku'...


Sinopsis:
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; lahir di penjara dan membesar dirumah kebajikan. Dia seorang yakuza yang digeruni. Malah seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat pada permainan itu adalah maut.

Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza~Ryu Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina telah bersetuju menerima perlawaan murni untuk melancong ke Tokyo. di Harajuku, mereka mencari Ryu-Watanabe.

Dan bagaikan kebetulan.. saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau Pedang Cinta menjadi saksi pertumpahan darah yang berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.

Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Mursyid. Diwarnai cerita cinta yang menggugah hati. Pertarungan yang mencemaskan, saspens, konflik jenayah,serta sebuah kisah keluarga yang menyayat hati. Sayonara-ungkapan yang tidak akan anda gemari.



Ryu-Watanabe adalah antara sebab utama kenapa aku suka 'Hatiku di Harajuku'. watak Ryu-watanabe y digambarkan sebagai seorang Yakuza yang sagat hebat sehingga dia menjadi mitos dalam kalangan Yakuza...kira semua orang gerun la dengan Ryu-Watanabe... selain itu, aku juga suka dengan watak Noriko..mungkin sebab Noriko ni digambarkan sebagai seorang yang ganas.. tapi pada masa yang sama..masih ada rasa simpati. Bagi aku..pasanga Ryu-Watanabe dan Noriko adalah pasangan yang ideal.

Dalam novel ni jugak... aku sebenarnya tak berapa nk suka dengan watak sabrina... sebab sabrina sebenarnya tidak layak untuk Ryu Watanabe... Sabrina ni suka ikut perasaan...suka menuduh orang dengan membabi buta..itu pasal aku tak suka sabrina...

Ok la.. aku da malas nk menaip... bagi sesiapa yang masih belum baca 'Hatiku di Harajuku'..aku mencadangkan agar korang baca cerita ni..memang best...

p/s: untuk menyedapkan cerita... sila bayangkan:

Shun Oguri sebagai Ryu Watanabe



dan Horikita Maki sebagai Noriko...

No comments:

Post a Comment