Hola-hola… sudah bace Rayyan Fantasi..?? Rayyan Fantasi adalah antara novel terbaru yang ditulis oleh RAM… citer ni baru je kuar bulan 12 hari tu… setelah abis baca.. apa yang dapat disimpulkan ialah, citer ni memang bessssst giler.. sangat lain dari citer RAM yang sebelum ni… ia memang tersangat la ‘out of box’. Kenapa aku cakap begitu..?? kerana ia memang betul2 satu hasil yang cukup kreatif. Meh la aku stori sikit synopsis citer ni.
Rahsia susur galur Aidin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru, dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun, kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aidin hanya mampu untuk hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aidin suka bersendirian.
Aidin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir Aidin sebelum kematian adalah mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi Aiddin hilang dikawasan hutan pergunungan.
Selepas lima tahun, Aiddin muncul semula dikawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aidin sering mendengar bisikan suara perempuan.
Kalau korang bace citer ni, mmg korang xsangka RAM boleh berimaginasi sampai tahap itu… citer ni dipenhi dengan unsur mistik. Still ada unsur cinta.. faktor cinta adalah pengikat, tetapi tidak tersimpul mati… kenapa..?? ha..kalau dah bace, baru korang tahu..
Aku sanngaaaaat suka dengan watak Rayan… ini menjadikan Rayan watak ketiga yang aku suka selepas Laksamana Sunan dan Mikhail… bagi sape2 yang suka baca novel, jangan lepaskan peluang untuk membaca citer ni dan pastikan waktu korang baca buku ni, korang dikelilingi reality..kerana fantasi bijak menipu fikiran… dan yang paling penting, korang harus ingat…Apa yang terfikir..itu ada!!
P/S: aku sangat suke dengan Rayan… kalau la watak itu betul2 wujud….
No comments:
Post a Comment