Sudah lama benar rasanya xupdate blog.. maklumla… bila kelas dah bermula, banyak hal y nk kena setel..
Ok.. kali ni aku nk share sikit mengenai satu buku y baru je aku abis bace… tajuk nya adalah ‘BIDADARI PADERI’ yang ditulis oleh saiful A.Imam, seorang penulis dari Indonesia. Utk pengetahuan korang sume la kan, aku ni sebenarnya jarang2 sangat baca novel karya org lain (selain RAM punye).. tapi baru2 ni.. waktu aku usha2 kat library, kot2 la ade lagi buku RAM y aku blom bace.. aku pon terjumpa la buku ni.. tajuk nya cam menarik.. so aku pon pinjam la… bila dah setat baca, mmg sangat best.. smpai xmao berenti…. Tak caye..?? try la carik n bace…
‘BIDADARI PADERI’- mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Jauhari yang dilahirkan dalam masyarakat Minangkabau sekitar tahun 1800M. pada waktu ni, gerakan paderi berkembang dengan pesatnya. Jauhari merupakan anak yatim piatu dan dibela oleh nenek serta datuknya. Datuk dan neneknya mengusahakan sawah padi yang luasnya hanya dua-tiga petak sahaja manakala jauhari menbantu nenek dan datuknya dengan mencari kayu api dihutan dan dijual kepada warung2 disekitar kampungnya. Kehidupan jauhari yang serba kekurangan itu menyebabkan dia sentiasa diejek oleh pemuda2 kampung. Pada masa yang sama, Jauhari menjadi tenaga pengajar disurau tengah. Disitu, dia diberi sepenuh kepercayaan oleh Imam Mudo untuk mengendalikan hal yang berkaitan dengan disiplin murid2. Jauhari telah jatuh hati kepada Nilam yang merupakan guru mengajar disitu serta anak saudara kepada Imam mudo. Tanpa diketahui Jauhari, Nilam juga sebenarnya sudah lama menaruh hati kepada Jauhari yang terkenal dengan akhlak yang baik. Setelah perbincangan antara Imam Mudo dan ibu bapa Nilam dilakukan, maka mereka bersepakat untuk bermenantukan Jauhari. Namun, keputusan ini telah menyebabkan beberapa orang pemuda kampung merasa tidak puas hati dan merancang untuk mengerjakan Jauhari. Akibatnya, Jauhari diusir dari kampung atas tuduhan membunuh. Setelah dusir dari kampung, Jauhari membawa hati yang lara ke Bukit Tinggi untuk mencari sahabat arwah bapanya. Disana, dia bertemu dengan sutan Ameh, seorang penarik pedeti. Kehidupan sutan ameh yang serba kekurangan itu memakasa jauhari untuk tidak bertahan lama disitu. Kemudian, jauhari meminta izin sutan ameh utuk mencari kenalan bapanya. Akhirnya, jauhari bertemu dengan pak cik ujang, salah seorang sahabat bapanya. Dia kemudiannya bekerja sebagai pembantu di warung pak cik ujang. Pada suatu hari, Manjo anak lelaki Sutan Ameh datang untuk meminta bantuan dari Jauhari. Manjo yang terjebak dengan judi itu meminta jauhari utk melunaskan hutangnya. Namun, jauhari juga tidak mempunyai wang yang banyak. Oleh sebab itu, keluarga Manjo telah diganggu oleh sekumpulan samseng yang menuntut hutang dari Manjo. Sewaktu ingin menyelamatkan kerbau milik keluarga sutan ameh daripada dicuri oleh samseng2 tersebut, Jauhari telah tercedera. Ketangkasan jauhari ketika bertarung dengan samseng2 tersebut telah menarik perhatian pendekar hitam, ketua samseng tersebut. Kemudian, pendekar hitam telah memperalatkan jauhari untuk menjual ganja dengan alasan jauhari bertanggungjawab untuk melunaskan hutang Manjo. Akhirnya, jauhari tertangkap oleh pasukan paderi ketika mahu menghantar ganja ke luar dareah. Tangkapan itu menyebabkan jauhari dijatuhi hukuman gantung. Ketika dalam tahanan, jauhari telah mendapat khabar yang sedih. Neneknya sedang sakit tenat dan meminta jauhari utk pulang. Atas bantuan pak cik ujang, akhirnya jauhari dibenarkan utk pulang ke kampung selama tiga hari dengan diiringi oleh pegawai paderi. Sewaktu tiba di kampung, nenek jauhari sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Sewaktu upacara pengembumian, jauhari sekali lagi menerima satu berita yang menyedihkan, Nilam akan dijodohkan dengan Salim, iaitu sahabat kepada Jauhari. Dengan kaki yang berat, jauhari pulang semula ke tahanan dan bersedia utk dibicarakan. Hari perbicaraan, jauhari tewas. Dia telah dijatuhi hukuman gantung. Namun, belum sempat digantung, Manjo muncul untuk memberi keterangan. Setelah perbincangan antara kadi dilakukan, maka Jauhari bebas dari tuduhan. Jauhari kemudiannya telah bergabung dengan sutan sinaro, seorang tokoh paderi yang disegani untuk menangkap pendekar hitam dan konco2nya. Tangkapan itu membuahkan hasil. Namun, jauhari sekali lagi cedera dengan teruk dan dirawat oleh isteri Sutan Sinaro. Tanpa pengetahuan jauhari, sutan sinaro mempunyai seorang anak gadis dan bercadang untuk menjodohkan anaknya dengan jauhari. Akhirnya jauhari setuju untuk menerima anak sutan sinaro sebagai isteri. Demi menguruskan perkahwinanya, jauhari sekali lagi pulang ke kampung. Namun, dia terkejut apabila mendapat tahu salim menolak lamaran keluarga Nilam kerana menghormati persahabatan antara mereka. Sekali lagi Imam Mudo datang untuk mengambil jauhari sebagai menantu. Namun, jauhari terpaksa menolak kerana dia sudah terlanjur berjanji dengan Sutan Sinero. Akhirnya, perkahwinan antara jauhari dan anak gadis sutan sinero berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Namun, kebahagiaan rumah tangga mereka tidak berkekal lama apabila belanda datang menyerang. Sutan sinero, isteri sutan sinero dan isteri jauhari syahid dalam pertempuran itu. Kemudian, jauhari menikah dengan Nilam dan dikurniakan 2 org cahaya mata, Hasan dan husin. Dalam keadaan yang tidak stabil, mereka hanya mampu utk hidup bersama selama beberapa tahun. Akhirnya, Nilam dan Jauhari terbunuh ketika sedang membela kematian anaknya yang dibunuh oleh seorang pengkhianat bangsa.
overall.. citer ni mmg best.. kalau nk tahu... bace la ye...
No comments:
Post a Comment