Saturday, December 22, 2012

Muslimah Oh Muslimah

Helo-Helo...


Isk..malam ni rasa macam mahu tulis entri.. tapi internet plak xdak.. terpaksa jugak tulis kat microsoft word...then besok pagi bila internet dah ade..boleh copy and paste aje...

Tadi petang baru je selasai dinner bersama cik Khalilah Aqilah Teman Setia (nama facebook aku guna).... sudah lama tidak bertemu dengan sahabat aku yang sorang ni... maklum la..sejak2 duduk kat KDSE ni, mmg jarang sangat turun K9.... memandangkan waktu aku mesej dia, die baru nk solat, then aku pun amik keputusan untuk tunggu die kat arked k9 je...dah sampai kan... tunggu aje la... sambil2 dok tunggu cik khalilah ni..aku pun perhatikan lah sekeliling arkde k9... xde la ramai sangat student hari ni kat arked..mungkin sebab hujan lebat kot...


Sedang aku dok perhatikan satu2 meja... (mak aih..cam wat observation utk research plak)..maka aku terpandang seorang gadis... dalam hati aku cakap.. “wah..cantik juga budak ni..”.. (aku ni jarang puji orang cantik tau...)...

Budak tu pakai jubah hitam beserta tudung labuh warna hitam (labuh tak labuh mana la..aku kira die pakai tudung 50 bidang)... berstokin dan bersarung lengan.. hampir2 sempurna menutup aurat.. (sebab dagu tak tutup..aku pun sama aje...).. kira nampak solehah gitu..

Pemakaian die memang xda masalah sangat... yang menjadi masalahnya adalah.. peragai die xberapa nak ngam dengan cara die berpakaian.. Kerana apa..?? kerana tadi selepas dia makan..die ade la menyembang dengan budak lelaki..(aku suspek budak kelas dia la kot) sambil tergelak2 besar...kemudian dia boleh plak mengeliat (mengangkat kedua2 belah tangan sambil melentokkan badan ke belakang) depan budak lelaki tu.. bagi aku (pendapat peribadi aku la)... tingkahlaku die sangat tidak sesuai dengan imej yang cuba dibawa...

bila aku tengok perihal gadis ni..tetiba aku teringat kisah aku..dulu pun aku sama dengan gadis ini...berpakaian sopan tapi tingkahlaku masih sukar dikawal...aku sering berbual dengan kaum belainan jantina sehingga berjam2... membicarakan bermacam jenis topik (walaupun tiada topik yang menyetuh soal hati dan perasaan).. walaupun bukan berdua... tapi aku sebenarnya rasa sangat bersalah..bila balik ke bilik serta muhasabah diri..dan rasa seperti berdosanya aku... aku membawa imej muslimah..tetapi tingkahlaku aku tidak menunjukkan ciri2 seorang muslimah... maka..aku bertekad...mulai semesta ini..aku ingin berubah menjadi lebih baik... aku akan cuba sedaya upaya untuk emnjaga hubungan aku dengan Allah serta menjaga hubungan aku dengan sesama manusia...
Bagi pendapat aku la... tidak salah untuk berpakaian muslimah... malah amat digalakkan bagi semua wanita Islam untuk menutup aurat dengan sempurna.. tapi, disamping berpakaian sopan, kita juga perlulah menjaga adab serta tingkah laku kita supaya ianya bersesuaian dengan imej yang dibawa..
Wallahualam..

P.S: ayuhlah kita berubah kearah yang lebih baik....


No comments:

Post a Comment