Helo-Helo..
Sejak kebelakangan ini, aku suka sangat menonton citer korea..(Ooopss..xde la sampai terlalu fanatik).. antara cerita y aku berjaya habiskan dalam tempoh 3 minggu ni termasuklah Hong GilDong, The Hero. Citer Hong GilDong ni merupakan cerita bergenre komedi y berlatar belakangkan zaman Jaseon. kira drama ni drama Joseon yang kedua y aku tengok selepas The Princess Man. Aku sebenarnya xde la gemor mane tengok citer zaman dahulu kala ni.. tapi disebabkan Kang Ji Kwan belakon dalam cerite ni...maka aku pun tengok la...
Sebenarnya, citer Hong Gildong ni diadaptasi dari cerita kanak2 y femes satu ketika dahulu iaitu Robin Hood. Y membezakan citer ni dengan Robin Hood adalah... Selain dari mencuri untuk membantu orang miskin.. Hong Gildong turut mempunyai satu misi iaitu untuk mencipta satu dunia baru, dimana tiada perbezaan kasta diantara orang kaya dan orang miskin. Untuk mencapai matlamat ni, maka Hong GilDong pun cuba menjatuhkan Raja yang sedia ada pada waktu itu dan menaikan Putera Yi ChangWi sebagai raja yang baru. Memang banyak la halangan yang terpaksa ditempuhi dalam membentuk dunia baru ni... antaranya termasuklah halangan dari golongan bangsawan.Tapi adakah Hong Gildong berjaya..?? hmmmm.... tengoklah sendiri...
Jang GeunSuk (Yi ChangWi), Sung YuRi (Heo Yi Nok) dan KAng Ji Hwan (Hong GilDong)
Apa yang menariknya cerita ni adalah... ianya tidak terlalu menekankan kisah percintaan antara Hong GilDong-Hoe YiNok-YiChangwi.. dalam cerita ni lebih kepada perjalanan untuk mencapai impian mereka semua. Kisah cinta ni hanya dijadikan sebagai rempah ratus untuk menyedapkan cerita aje sebenarnya... Selain itu, antara faktor yang aku rasa menyedapkan cerita adalah...jalan cerita die y memang agak lain dari drama2 korea y biasa ada kat TV.. Hong GilDOng merupakan antara drama yang mengetengahkan watak seorang raja yang gila...maksud aku betul2 gila.. dalam citer ni, raja y sedia ada tu macam mental sikit. Kalau korang tengok, mesti korang akan cakap.. wah pandainya orang ni belakon jadi gile....
anyway... Hong GilDong The Hero merupakan antara drama yang berbaloi untuk ditonton... so, kalau agak2 korang boring2 xtahu nk tengok citer apa..maka aku suggest utk tengok citer ni....
.jpg)


No comments:
Post a Comment