Saturday, March 24, 2012

Diet...?? eh..mana ada la....

Helo-Helo..

Pada cuti semesta y lepas...aku pegi la teman mak aku ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan.... utk pengetahuan korang sume..mak aku ni ade sejenis penyakit yang diberi nama diabetis atau kencing manis....

waktu kat klinik..aku ade la ternampak seorang lelaki pertengahan umur (nk kata muda tak muda...nk kata tua tak tua). Lelaki itu baru lepas kena potong kaki sebab kaki die dah tak dapat nk diselamatkan disebabkan oleh penyakit kecing manis yang dia hidapi.... bila tengok org kena potong kaki.. tetibe je aku jadik takut... mana tak nye..penyakit kencing manis kan penyakit keturunan... dan mak aku antara mangsa kencing manis..maka tidak mustahil suatu hari kelak..aku akan ditimpa penyakit yang sama....

so, oleh kerana aku masih muda dan belia.... masih belum terlambat sekiranya aku ingin berpantang...maka dengan semangat wajanya..aku memulakan sem bari dengan azam baru... iaitu no more sugar in my room....



-

selain itu, aku telah membentuk satu prinsip baru iaitu

1 HARI 1 CAWAN MINUMAN MANIS... TIDAK BOLEH LEBIH...

makanya...hari2 aku hanya minum satu cawan je air yang manis....

selebihnya...???

ha...selebihnya aku hanya akan minum air kosong a.k.a air masak a.k.a air RO....atau air milo kosong... atau air teh o limau kosong... kadag2 aku sebat juga air sankuik kosong... tapi aku dah xberapa nk suke dah minum sankuik ni...

mula2 memang susah beb.... minum tawar2 ni mane la best kan.... tapi lama2 rasa sedap... nak2 air teh o limau kosong... mmg uummph...~~~

oleh sebab aku sudah mula mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.. makanya aku dengan beraninya pegilah buat blood test (time pameran sukan dan kesihatan UTM) utk tengok kandungan gula dalam darah...










keputusanya....











kandungan gula dalam darah aku berada di tahap normal..iaitu 5.9g/mol.... menurut org y jaga booth itu... kandungan gula dalam darah org yang normal tidak boleh melebihi 7.8g/mol.... kira aku punya kandungan gula dalam darah masih boleh consider sebagai ok la kan..

Alahamdunillah..aku sangat gembira dengan keputusan darah aku tuh..so, lepas ni aku kena terus mengamalkan corak pemakanan yang begini......




No comments:

Post a Comment