Korang penah dengar tak Lagu Ainul Mardhiah yang dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid UNIC…??? Bagi yang dah dengar, korang mesti dah tau kan siapa Ainul Mardhiah.. bagi sape2 y blom dengar n blom tahu.. meh aku story morey sikit pasal Ainul Mardhiah…
Utk pengetahuan korang sume la kan.. Ainul Mardhiah merupakan BIDADARI yang PALING CANTIK… kalau dah namanya pon BIDADARI ditambah dengan sifat YANG PALING CANTIK… kompem la Ainul Mardhiah ni beratus2… beribu2…berjuta2..kali ganda lagi cantek pada Siti Norhaliza.. ye x..??
Ok..berbalik pada cerita Ainul Mardhiah. Sebenarnya, kisah berkaitan Ainul Mardhiah ini pernah berlaku dizaman Rasulullah saw. Ketika itu Rasulullah saw bersama dengan golongan pejuang islam yang lain sedang bertempur dengan tentera kafir. Waktu tu bulan Ramadhan. Suatu hari, Rasulullah saw duduk bersama2 dengan tentera2 islam.. kemudian, Rasulullah saw pun menceritakan tentang bidadari2 syurga yang sedang menanti pejuang2 islam yang syahid… antara bidadari tersebut temasuklah bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari, Ainul Mardhiah. Tujuan Rasulullah saw menceritakan perihal Bidadari Syurga adalah untuk menaikan semangat juang dalam diri pejuang islam. Nak dijadikan cerita, dalam kumpulan pejuang islam itu, ada seorang pemuda yang benar2 tertarik dengan cerita Rasulullah saw terutama mengenai Ainul Mardhiah. Dia mahu bertanya mengenai Ainul Mardhiah, tetapi dia malu. Kemudian, selesai bercerita, Rasulullah saw pun tidur sebentar sementara menunggu waktu zohor. Perbuatan Rasulullah ini diikuti oleh kesemua tentera pejuang islam termasuklah pemuda tadi. Ketika dalam tidur, pemuda tadi telah bermimpi berada disatu tempat yangsangat cantik. Disitu, dia bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik sehingga tiada tandingan dengan wanita2 yang pernah dia temui. Kemudian dia bertanya sama ada wanita tersebut bernama Ainul Mardhiah..kemudian wanita itu menjawab dia bukan Ainul Mardhiah, sebaliknya hanyalah salah seorang daripada dayang2 nya sahaja… kemudian, pemuda itu terus berjalan dan berjalan sehingga dia terjumpa seorang wanita yang rupa parasnya jauh lebih cantik dari wanita yang dia jumpa waktu mula2 tadi. Kemudian dia bertanya adakah wanita itu Ainul Mardhiah.. wanita tu menjawab dia bukan Ainul Mardhiah, sebaliknya hanya dayangnya sahaja.. kemudian, pemuda itu terus berjalan dan berjalan sehingga dia bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik dan kecantikannya jauh berganda berbanding kedua2 wanita yang dijumpainya tadi. Kemudian pemuda itu bertanya samaada wanita tersebut bernama Ainul Mardhiah. Maka jawab wanita itu, akulah Ainul Mardhiah dan aku memang tercipta untukmu. Pemuda itu cuba untuk mendekati Ainul Mardhiah, tetapi Ainul Mardhiah menjauh dan mengatakan bahawa pemuda itu masih belum syahid. Kemudian, pemuda itu terus tersedar dari tidur. Pemuda itu pun ceritakan perihal mimpinya kepada salah seorang sahabat. Namun, pemuda itu meminta sahabatnya untuk merahsiakan perihal itu sehinggalah dia syahid. Kemudian, mereka meneruskan peperangan. Nak dijadikan cerita, pemuda tadi pon tertewas dalam peperangan dan syahid. Ketika sedang menunggu waktu untuk berbuka, sahabat kepada pemuda tadi mendekati Rasulullah saw dan menceritakan tentang mimpi yang dialami oleh pemuda yang syahid itu tadi. Rasulullah saw menjawab benar,benar,benar sepanjang sahabat menceritakan perihal tersebut. Akhirnya Rasulullah saw berkata memang benar apa yang diceritakan oleh sahabatmu tadi dan sekarang ini dia sedang berbahagia dan menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Amacam.. hebat tak..??? sebenarnya itulah anugerah yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba2nya yang sanggup berjuang dan syahid dijalannya.. korang ingat senang ke nk dapat bidadari syurga..??
So, bagi kaum2 lelaki diluar sana, korang xteringin ke nk dapatkan isteri yang sangat cantik… renung2 kan la……
p/s: kalau manusia kat bumi pon dah cantik….cam mane la rupa bidadari syurga ek..??
No comments:
Post a Comment