Setiap manusia dimuka bumi ini pasti akan melalui sakaratul maut. cara setiap manusia berhadapan dengan maut berbeza2 mengikut amalan y dilakukan sepanjang berada dimuka bumi. Ada y meninggal dalam keadaan Su'ul khatimah; iaitu mati dalam keadaan kufur. Namun, ada juga segelintir daripada manusia y mati dalam keadaan beriman atau disebut sebagai husnul khatimah.
terdapat beberapa tanda2 manusia y mati dalam keadaan husnul khatimah. antaranya termasuklah;
1.Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
sabda rasulullah saw;
" sesiapa y diakhir hayatnya (ketika hampir mati) sempat menyebut kalimah 'lailahaillallah' maka pasti ia masuk syurga."
2. Keluar peluh didahi.
orang y sedang nazak, apabila kita melihat peluh didahinya, ia menandakan bahawa orang itu sedang bertarung dengan kehebatan rasa sakit roh y nak keluar dari badan dan dia juga sebenarnya sedang bertarung dengan godaan syaitan. Allah swt memberi kesakitan dan kepedihan kepada orang mukmin ketika mereka menghadapi sakaratul maut. ini kerana,apabila seseorang yitu menderita sakit ketika sakaratul maut, maka Allah swt akan menghapuskan kesakitannya diakhirat kelak.
rasulullah saw pernah bersabda;
" ..matinya seorang mukmin itu tandanya terkeluar peluh didahi."
3. Mati pada siang atau malam jumaat.
Sabda Rasulullah saw;
" Tiada seorang muslim y mati paa siang hari atau malam hari jumaat melainkan Allah memeliharanya dari fitnah (azab) kubur."
4.Mati dimedan perang.
sabda Rasulullah saw;
" bagi orang y mati syahid, terdapat enam keistimewaannya;
i. diampunkan oleh Allah (akan segala dosa) secara tiba2 serta ia diperlihatkan tempatnya disyurga
ii.ia diselamatkan dari azab kubur
iii. diamankan dari ketakutan y amat besar lagi dahsyat diahkirat
iv. dihiasi dengan pehiasan iman
v. dikhawinkan dengan bidadari
vi. boleh memberi syafaat kepada 70 orang dikalangan ahli keluarganya."
5.Mati akibat kecederaan dalam peperangan Fisabilillah
Rasulullah saw pernah bersabda;
"barang siapa yang terluka kerana berperang dimedan perang fisabilillah (ia bukan mati dibunuh secara langsung oleh musuh), setelah itu ia mati, maka matinya dikira syahid. atau barang siapa y mati dimedan perang terpijak oleh kuda atau unta atau disengat ular atau binatang berbisa ( ketika berada dalam perkhemahan atau persembunyian utk menyerang musuh) atau mati ditempat tidur (semasa keluar untuk berjihad) walau apa oun jenis kesakitannya, maka semua nya dikira sebagai mati syahid dan akan masuk ke syurga."
6.Mati akibat wabak taun.
sabda Raslullah saw;
" sesungguhnya wabak taun itu adalah salah satu daripada azab Allah y dikirimkan kepada sesiapa y dikehendakinya. Tetapi, Allah jadikan sebagai rahmat kepada orang mukmin. oleh kerana itu, tidak seorang pun yang diserang taun lalu ia tetap tinggal dikawasan dan di tempatnya dengan yakin dan tabah (sabar) bahawa tidak ada suatu musibah pun yang menimpa dirinya, kecuali apa y telah ditetapkan Allah, maka ia mendapat pahala. kalau mati, matinya dikira syahid."
7.Mati kerana sakit perut.
sabda rasulullah saw;
"...barang siapa yang mati sakit perut, maka matinya dikira mati syahid"
8. Mati kerana tertimbus runtuhan bagunan atau tenggelam air.
sabda Rasulullah saw;
" orang y dikira mati syahid ada lima golongan;
i. mati kerana taun
ii. mati kerana sakit perut
iii. mati kerana tenggelam air
iv. mati ditimpa runtuhan bagunan atau tanah
v. mati kerana membela agama Allah."
9. Mati Hamil atau mati beranak.
sabda Rasulullah saw;
"mati seorang perempuan kerana mengandung (rak dapat atau susah melahikan anak) juga dikira sebagai mati syahid dan diakhirat ia ditarik oleh anaknya masuk ke dalam syurga."
10.Mati terbakar (dengan syarat tidak melakukan maksiat)
sabda Rasulullah saw.
".... org y mati terbakar adalah syahid"
11.Mati dalam keadaan nifas.
sabda Rasulullah saw;
"... dan perempuan y mati ketika nifas, ia adalah mendapat syahid."
12 Mati kerana mendapat penyakit TB
sabda rasulullah saw;
....orang yang mati kerana TB dianggap mati syahid."
13. Mati kerana mempetahankan harta (yang halal).
Rasulullah saw pernah bersabda;
"Barang siapa yang mati kerana membela hartanya, maka matinya adalah syahid."
14. Mati kerana membela diri.
Rasulullah sawpernah bersabda;
"barang siapa yang terbunuh ketika mempertahankan dirinya, maka matinya adalah syahid."
15. Mati ketika bersiap-siap untuk perang
rasulullah pernah bersabda..
"Barang siapa dalam keadaan bersiap-siap (bekalan dan alat kelengkapan perang), dalam masa sehari semalam, nilai pahalanya lebuh baik dari puasa beserta bangun malam selama sebulan. ketika sedang bersiap-siap itu kebetulan pula ia mati, (belum sempat kemedan perang), maka amalan yang pernah dilakukan itu sentiasa mengalir serta dialir bersama rezeki kepadanya didalam kubur ehingga hari kiamat. Dan ia terlepas dari tukang fitnah."
16.Mati ketika mengerjakan amal soleh.
17. Mati selepas mengislamkan orang bukan islam.
wallahualam..
P/S: rujukan: Lambaian wajah-wajah kematian oleh ustaz Jaafar Salleh.
Labels
- Gelak kawkaw (3)
- Info (1)
- Kisah Aku (36)
- Lagu Aku (5)
- Lain-Lain (17)
- MyFamily (1)
- Psikologi (3)
- Review Buku (14)
- Selera Aku (7)
- Soalan Cepuk Cemas (5)
- Tazkirah (7)
Tuesday, December 14, 2010
Tazkirah: kematian yang diimpikan...
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment