Sejak kebelakangan ni… byk btol citer indon y ditayangkan kat tv.. setiap channel ade. Tv3 ade.. ntv7 ade… tv9 ade.. astro lagi la melambak.. xcukup dengan astro aruna, kat astro ria dan astro prima pon ada citer indon.. pendek kata, citer indon ni mmg dah jadik trend masa sekarang la.. nk tahu x kenapa citer indon semakin melambak kat Malaysia..?? sebabnya, bilangan bibik2 indon kat Malaysia dah melambak2… sebab tu la kebanyakan stesen tv mengambil langkah bijak dengan menyiarkan citer2 indon supaya bibik2 indon y bekerja kat Malaysia ni dapat melepaskan rindu kat Negara dieorang…
Ok.. itu saje intro utk kali ni.. aku sebenarnya bukan nk citer pasal kenapa citer indon melambak kat tv… aku sekarang nk kongsi antara citer2 indon y aku suke ngan y aku menyampah giler (tahap xleh blah la…)
Citer y aku xsuke…
Ranking1: Trilogo Intan, Sekar Cahaya.
Sebenarnya, citer ni bukan la trilogy.. saje je letak perkataan ‘trilogi’ tu sbb aku rasa citer tu mmg trilogi pon.. nk tahu kenapa..?? sbb nya ialah:
1. Ketiga2 drama tu mempunyai pelakon y sama.. setidak2nya, pelakon utama y sama iaitu Naysilla Mirdad..
2. Tajuk sinetron diambil sempena nama watak utama
3. Watak utama memiliki ciri2 yang sama iaitu cantik, baik, berbudi bahasa, sentiasa dikutuk dan dihina, pada walnya ramai org tak suka, dicintai oleh sekurang2nya dua org lelaki, disayangi ramai, pemaaf, sangat lurus bendul dan dari keluarga miskin.
4. Jalan cerita hampir2 sama dengan konflik yang hampir2 sama.
Kenapa aku letak kat ranking yang pertama..?? sbbnya, aku bosan giler nengok citer ni.. dah la satu2 citer panjang berjela2.. kalau xsampai 200 episod, mmg xkan abis punya la.. watak utama pulak mesti dipegang oleh Naysilla Mirdad.. kalau cantik xpe la jugak.. haish.. yang penting, ketiga2 cerita ni mmg merepek2 dan mengarut.. mana tak nya, diawal cerita, watak utama perempuan (naysilla mirdad) bercinte bagai nk rak dengan org lain.. mati2 la aku ingan si lelaki itu watak utama.. ditengah2 cerite, die bercinte ngan org lain plak.. pd kebiasaannya, Dude Herlino lah.. last2 kawen dengan lelaki baru tu.. pastu, cover depan citer t upon ditukar mengikot kesesuaian.. xke merepek tu..?? haish…
Ranking 2: Tasbih cinta..
Antara citer y aku rasa sangaaaaaat la merepek.. haish.. nk citer panjang2 pon aku xreti.. kalau korang tengok, mmg korang pon akan sependapat dengan aku la.. susunan plot citer y ntah ape2… pelakon y terlalu muda.. citer terlalu panjang dan dipenuhi dengan konflik y bukan2… makin ditengok, semakin merepek.
Ranking 3: Bawang Putih bawang Merah
Sori la kepada peminat tegar sinetron ni.. aku mmg xleh nk cakap y sinetron ni best.. sebab ape..?? pertama kemunculan watak pari2 y ntah ape2 tuh.. korang perasan x y sebenarnya pari2 tu dah tua..?? hakhak.. cam dh xde stok lain utk pegang watak pari2.. pastu, watak si Alya mmg merepek.. dalam citer tu digambarkan watak alya tu sebagai seorang y alim.. tapi, how come org alim boleh mengandung anak luar nikah..?? ye x..? pastu, time ditimpa kesusahan, baru la sebok2 nk carik senjadah.. time tu la baru nk pakai tudong.. bile xditimpa kesusahan, mak ai, baju sikit punye seksi.. ha.. x ke merepek tu..??
Ok la.. setakat itu saja citer y aku xsuke tengok.. walaubagaimanapon, xdinafikan, citer indon still ade y menarik. Itu akan diceritakan dientri yang berikutnya…. Tungguuuu…..
p/s: ini Cuma pendapat aku sahaja.. kalau korang suke tengok.. itu ikot citerasa korang la kan..


No comments:
Post a Comment