Dalam entri y lepas, aku ada citer pasal citer indon y aku xsuke giler… ha.. utk entri kali ni, aku nk share sikit beberapa citer indon y aku suke…
Ranking 3: Sinetron Ikhlas
Citer ni ditayangkan pada bulan puasa kalau tak silap..tahun bile tu aku dah lupe lor… tapi aku ingat la sape pelakonnya.. antara actor dan actress y menjayakan sinetron ini ialah Teuku Ryan dan Tamara Bleszynski..
Synopsis:
Cerita ini mengenai kisah seorang pemuda yang bernama Iman. Iman merupakan anak yatim piatu yang telah dipelihara oleh seorang ahli perniagaan bernama Imran. Teman wanita Iman, Naia merupakan seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Jiwa iman yang rapuh menyebabkan dia dengan mudahnya diserang dengan ilmu hitam Suminim. Akibat terkena ilmu hitam tersebut, Iman menjadi penagih dadah tegar. Malang sekali iman turut menarik Naia kedalam penagihan dadah. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah berlakunya satu kemalangan yang menyebabkan Naia hilang ingatan. Naia diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Reza dan diletakkan di Rumah Ikhlas untuk menerima rawatan dan proses penyembuhan dadah. Sepanjang proses penyembuhan, Reza banyak membantu Naia. Sampai satu masa, ingatan Naia telah kembali pulih. Naia kembali ingat tentang kenangan2 lalu termasuklah cintanya terhadap Iman. Disaat cintanya pada iman masih bersisa, Naia sebenarnya telah menaruh hati kepada Reza. Siapakah yang akan dipilih oleh Naia..??
kenapa aku suka citer ni.. of koz la sebab heronya kacak dan heroinya cantik..huhu.. selain tu, citer ni mengandungi banyak elemen yang positif termasuklah elemen kekeluargaan dan elemen2 keagamaan.. kalau nk tahu, try la carik dan tengok.
Ranking 2: Sinetron Hikmah
Ha, Hikmah adalah antara sinetron yang aku suka tengok.. seperti ikhlas, sinetron ini juga telah ditayangkan dibulan Ramadhan. Antara actor yang menjayakan sinetron ini termasuklah Teuku Ryan, Tamara Blesnyski, dan Gunawan.
Sinopsis
Allah tidak akan memberikan cobaan melebihi kemampuan manusia. Barangsiapa yang bertakwa dan berserah padaNya akan selalu mendapat Hikmah-Nya. Ana adalah gadis yatim piatu, yang hidup bersama ibu tirinya, Ibu Eli, seorang peramal. Ibu Eli memperlakukan Ana sebagai anak tiri. Lebih dari itu Ana dianggap sebagai pembawa sial. Ana hanya dimanfaatkan untuk menghasilkan uang. Tino, adik Ana satu ayah, selalu dihasut untuk membenci Ana. Tino yang masih kecil tak berdaya membela Ana dari perlakuan ibunya. Demikian pula halnya dengan Umi, pembantu yang menderita keterbelakangan mental. Sekalipun mereka tak mampu berbuat apa-apa untuk menolong Ana, tapi mereka senantiasa mendoakan Ana, dan akhirnya doa mereka didengar Allah.
Sejak pertama kali melihat Ana, Adrian jatuh cinta pada pandangan pertama. Adrian adalah anak dari keluarga kaya raya. Sekalipun tidak mengenal agama, Adrian pada dasarnya baik hati. Adrian mencari cinta sejati dan tidak pernah mementingkan materi. Hal ini berbeda dengan pandangan keluarganya. Bu Ratna (ibu Adrian) dan Lika (adik Adrian) sangat materialistis dan mementingkan bibit bebet bobot. Mereka menentang hubungan Adrian dan Ana.
Dengan bantuan Hasyim dan Vina (paman dan bibi Adrian) mereka mencoba menggagalkan percintaan Adrian dan Ana. Namun cinta mengalahkan segalanya. Adrian nekad meninggalkan kehidupannya, rela melarat dan menderita hidup bersama Surya (sahabatnya) di rumah susun, demi untuk merebut hati Ana. Dan ketulusan niat Adrian didengar oleh Allah, Adrian akhirnya berhasil meminang Ana. Pernikahan berjalan lancar berkat bantuan Arman, kakak Adrian yang memegang kendali bisnis keluarga Adrian.
Arman adalah pria yang bijaksana, dewasa, dan bertanggung jawab. Arman amat menyayangi adiknya dan mengenal sifat adiknya. Berkat Arman lah keluarga Adrian akhirnya terpaksa menerima Ana. Namun kebencian keluarga Adrian tidak berhenti sampai disitu. Mereka tetap berusaha memisahkan Adrian dari Ana dengan berbagai macam cara. Dalam acara bulan madu, Adrian dan Ana mengalami kecelakaan. Ana selamat namun Adrian menghilang. Semua mengira Adrian sudah meninggal. Namun Ana dengan ketekunannya yakin bahwa Allah tidak akan memisahkannya dari suaminya. Adrian akhirnya ditemukan. Sayangnya setelah siuman Adrian kehilangan ingatannya. Adrian tidak ingat lagi akan masa lalunya.
Hal ini dimanfaatkan oleh keluarga Adrian. Bu Ratna, Lika, Hasyim dan Vina berhasil meracuni dan mempengaruhi Adrian. Kedekatan Ana dan Arman dijadikan senjata untuk menjelek-jelekan Ana dan Arman dimata Adrian. Sampai akhirnya Adrian yang tadinya sangat dekat dengan Arman, menjadi membencinya. Bahkan cinta Adrian yang begitu dalam pada Ana berubah menjadi dendam karena Adrian merasa Ana mengkhianati dan memanfaatkannya hanya demi materi. Tapi kepercayaan dan keteguhan iman Ana mengalahkan segalanya. Ana melewati berbagai cobaan dengan tabah. Kebencian dan caci maki dibalasnya dengan senyum dan kepasrahan. Hanya pada Allah Ana berdoa dan menyerahkan segalanya. Dibalik semua cobaan, pasti ada hikmahnya. Segala penderitaan justru semakin membuat Ana kuat. Sebuah drama percintaan yang sarat dengan nilai nilai keagamaan. HIKMAH mengajak pemirsa untuk berserah hanya kepada Allah dan untuk setia berada di jalanNya meski cobaan mendera. Dibalik segala cobaan pasti ada hikmah yang menanti. Allah memberikan cobaan untuk membuat manusia menjadi lebih kuat dan semakin dekat padaNya.
Antara sebab kenapa aku suke nengok citer ni adalah kerana citer ni mengandungi unsur2 islamik, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kehidupan. melalui cerita ni, berbagai emosi telah ditonjolkan antaranya termasuklah kesedihan, kebencian, hasad dengki, cinta dan simpati. Aku suka watak Ana yang tabah mengharungi konflik rumah tangga serta tekanan dari ibu mertua yang secara terang-terangan membenci dirinya.. over all, citer ni mmg best…
Ranking 1: Ketika Cinta Bertasbih
Filem Ketika Cinta Bertasbih adalah antara Filem indon yang aku suka.. sebabnya kenapa..?? hmmm.. ntah la.. munkin seidebabkan oleh latar belakang masyarakat yang ditonjolkan dalam filem ni kot… lagi pon, filem ni tak la mengarut seperti filem2 yang lain. Utk pengetahuan korang la kan, filem ni telah diadaptasikan dari sebuah Novel yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy. Antara pelakon yang menjayakan filem ni termasuklah Kholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Alice Norin dan ramai lagi..
Synopsis
Filem ini mengisahkan tentang seorang mahasiswa Universiti Al Azhar, Abdullah Khairul Azam yang berasal dari Indonesia. Azam dilahirkan dalam keluarga yang biasa. Untuk menampng kos pengajian di cairo, Azam terpaksa berkerja keras dengan menjual tempe. Perniagaan tempenya menyebabkan pembelajaran azam terganggu dan hal ini mengakibatkan kegagalan azam untuk menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan. Ketika di Cairo, Azam telah melamar seorang gadis yang bernama Anna. Adakah lamaran nya diterima..?? tengokla sendiri smpai habis…
Antara sebab kenapa aku suke citer ni ialah kerana kegigihan azam dalam mencari calon isteri.. ye la.. zaman sekarang ni bukan senang nk carik isteri yang baik kan..plot cerita ni menarik, dan logil (xseperti citer indon y lain). Yang penting, citer ni byk memberi panduan kepada lelaki mahupun wanita dalam mencari teman hidup… mmg xrugi pon nengok citer ni…



ReplyDeleteTamil Actor , Tamil Actor Gallery,Tamil Actors,Tamil Cinema,Tamil Actors Photos,
Tamil movie, Tamil Movies,Tamil Cinema News, Tamil Movie Gallery, Tamil Actors,
Tamil Actors Gallery, Vijay Tamil Actor,Surya Tamil Actor,Ajith Tamil Actor,Tamil Actors Wallpapers,
Tamil Actor Vikram,Tamil Movie Actors,Actors,Tamil Actor Photos,Tamil Cinema Actors,Tamil Actor,
Tamil Actor Gallery,Ajith,Vijay,surya,vikram, Ajith Stills ,Ajith Gallery,Tamil Events Gallery,
Celebreties on Haihoi.com