Tuesday, December 14, 2010

Book Review: Mikhail

Aku merupakan antara peminat tegar novelist thriller no.1 Malaysia.. siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Mursyid a.k.a Abg RAM.. huh.. karya2 RAM mmg meletop dan cukup dahsyat… penuh dengan fantasi dan imaginasi.. kebanyakan idea yang dicurahkan mmg asli dan tidak menyerupai mana2 karya lain…. mmg susah nk carik penulis sehebat RAM ni…

Antara novel beliau y aku paling SUKE gile adalah MIKHAIL… Dalam Novel Mikhail ini, aku admire giler dgn watak Mikhail.. mana tak nya, Mikhail itu digambarkan sebagai seorang sharpshooter yang sangat hebat… ditambah dengan memiliki personaliti yang dingin serta mempunyai wajah yang SANGAT KACAK (oopss… y kacak tu imaginasi aku aje ye… nk sedapkan cerite..)





Sinopsis:


MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

Apa yang menariknya..??

Ha.. kat sini biar aku highlightkan sikit kenapa aku boleh tangkap cintan sama ini novel. Antara sebabnya ialah…

1. Novel ni ditulis oleh RAM… (my favorite novelist)

2. Penuh dengan rahsia dan tanda tanya especially setelah kewujudan watak Tahir dan Mahmud

3. Kejutan – banyak kejadian yang tak disangka2… (betol.. aku xtipu…)

4. Suspen- penuh dengan adegan mendebarkan

5. Mempunyai unsur percintaan yang tidak meloyakan..( xseperti novel lain y kebanyakkannya meloyakan tekak aje..)

6. Watak utama cerita ni sangat la best… (pandai menembak.. gagah..berani.. dingin… I like…)

p/s: ok tak kalau Dennis Oh pegang watah Mikhail… kuikuikui…


No comments:

Post a Comment